CALON TIADA INTERGRITI TIDAK AKAN DIPILIH-ZAHID







BN mengucapkan selamat tinggal kepada mana-mana calon parti itu yang tidak melepasi piawaian integriti untuk bertanding pada PRU14.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, BN mempunyai tiga lagi nama selain seorang simpanan seandainya calon berkenaan tidak melepasi beberapa ujian yang ditetapkan.

Integriti menjadi antara faktor penting pemilihan selain penerimaan masyarakat dan daya kemenangan seseorang calon pada PRU14.

BN negeri sudah menghantar nama calon untuk PRU, beberapa usaha tapisan integriti sedang dilakukan termasuk laporan kesihatan untuk memastikan tiada pilihan raya kecil (PRK) dalam waktu terdekat selepas PRU.

Integriti soal calon penting kerana kita tahu bahawa soal integriti ini melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pastinya soal ini diberi perhatian dan pengundi juga akan melihat bagaimana seseorang calon di peringkat Parlimen dan DUN itu perlu bersih dalam setiap segi, katanya semasa sidang media selepas merasmikan Diskusi intelektual - Membina negara bangsa berintegriti di Institut Integriti Malaysia (Integriti) di sini hari ini.

Dalam pada itu jelas Zahid, pemantauan dalam aspek integriti dilakukan Unit Khas BN dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil