PENDUDUK RESAH KEADAAN JALAN TELOK GONG YANG BERLUBANG.
Pelabuhan Klang, 18 Jan 2018.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Dato Sheikh Rajesh Dato Sri Sheikh Ahmad hari ini turun padang susulan dari tragedi kematian seorang penunggang motorsikal yang terlanggar dan terperosok ke dalam lubang di Jalan Besar Telok Gong pada 11 Jan 2018 yang lepas.
Beliau bersama penduduk-penduduk Kampung Telok Gong membangkitkan isu permasalahan jalan raya yang berlubang dan rosak di Jalan Besar Telok Gong dan jalan-jalan kampung.
"Jalan-jalan ini memerlukan perhatian yang lebih kerana kebanyakan kenderaan berat senantiasa keluar masuk dan menggunakan jalan ini sebagai laluan utama mereka di samping mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berulang lagi. Penunggang-penunggang motosikal yang senantiasa keresahan apa bila keadaan gelap dengan suasana jalan raya yang tidak rata dan berlubang semasa menggunakan jalan-jalan ini."
“Saya berharap, ada tindakan segera dari jabatan-jabatan yang berkaitan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang di hadapi penduduk-penduduk kampung Telok Gong dan sekitar Pelabuhan Klang.”
“Kita ada wakil rakyat Pelabuhan Klang tetapi tidak pernah nampak muka dan kelibat untuk melihat permasalahan penduduk-penduduk di sini. Kita juga minta jika kesudian Menteri Besar Selangor untuk turun padang melihat sendiri permasalahan yang di hadapi penduduk.”
www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/302577/tragedi-langgar-lubang
TRAGEDI LANGGAR LUBANG
11 Jan 2018
PENUNGGANG motosikal maut selepas kenderaan ditunggangnya terlanggar lubang di tepi jalan raya di Jalan Telok Gong, Klang hari ini.
Dalam kejadian 6.20 pagi itu, P Sero jah, 47, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menetap di Bandar Botanik dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Telok Gong kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika dalam perjalanan itu motosikal mangsa termasuk dalam lubang yang berada di tepi bahu jalan raya menyebabkan mangsa terjatuh.
"Siasatan mendapati mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya di sini semalam.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian hadapan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments
Post a Comment