TIADA ISU ATAU SALAH LAKU DI SURAU WARGA ASING FASA 2 PULAU INDAH


#PelabuhanKlang 13 Jan 2018 : Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang, Dato Sheikh Rajesh bin Dato Sri Sheikh Ahmad hadir solat Jumaat bersama Ustaz Muhamad Ali bin Sihap, Nazir Surau Armada Putra Pulau Indah yang mewakili Pejabat Agama Islam Klang melihat sendiri dan memantau khutbah Jumaat yang di sampaikan di sini (Kawasan Perindustrian Fasa 2 Pulau Indah) yang menggunakan teks ucapan yang di bekalkan oleh JAIS.

Alhamdulillah, permasalahan buat jemaah-jemaah warga asing yang bersembayang di sini selesai hari ini. Pihak JAIS dan Masjid terdekat akan memantau keadaan dan perkembangan dari masa ke semasa. Kita tidak mahu mereka ini di pinggirkan dalam urusan menunaikan Ibadah solat 5 waktu yang wajib mereka tunaikan, katanya.

Kita telah rujuk kepada pihak Pejabat Agama minggu lepas selepas berjumpa dengan mereka pada 6 Jan 2018 dan hari ini wakil pejabat agama klang turun padang melihat dan memantau sendiri.

Perkara ini kita akan minta pihak Majlis Perbandaran Klang melalui surat untuk memantau kebersihan kawasan ini. 

Tiada isu atau salah laku yang dibuat mereka untuk sembahyang di surau ini malah solat Jumaat mereka juga sah, kata Mohd Ali Sihap, 62, Nazir Masjid Al-Qayyum, Armada Putra, dekat sini. Beliau yang mewakili Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang meninjau surau tidak bernama itu yang dikatakan dibina khas untuk warga Bangladesh di kawasan berkenaan.

Tinjauan itu juga dilakukan selepas timbul isu keraguan sah solat yang membimbangkan orang ramai terutama penduduk di situ. Malah imam, bilal serta ahli jawatankuasa surau berkenaan terdiri daripada warga Bangladesh dan khutbah Jumaat turut dibacakan dalam bahasa mereka. Surau beratapkan zink yang dibangunkan di sebelah bangunan kilang di Jalan Sungai Pinang itu dibina sejak 2008 dan pada 2013, solat Jumaat diadakan di situ.

Surau yang dilengkapi penghawa dingin itu boleh memuatkan kira-kira 300 ahli kariah di bahagian dalam manakala lebih 100 orang di luar.

Walaupun berbeza mazhab yang mana kita mengamalkan Mazhab Shafie dan mereka pula Mazhab Hanafi, namun tiada masalah. Mereka sahabat Islam, jadi tiada isu. Mereka mendirikan solat Jumaat di surau ini berikutan masjid terletak jauh, apatah lagi mereka tidak mempunyai pengangkutan.
Malah mereka dianggap berusaha untuk mendirikan solat Jumaat serta tidak mengabaikannya di samping ibadah lain,” katanya.

Mohd Ali berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan berkala di surau itu serta memberi tunjuk ajar kepada imam serta ahli kariahnya. Lebih 90 peratus yang mendirikan solat di situ adalah warga Bangladesh manakala selebihnya warga Pakistan, Indonesia dan masyarakat Melayu.

Sementara itu, imam surau terbabit, Maulana Sirajul Islam Abu Hanif, 46, berkata, dia sudah sembilan tahun ditugaskan di surau berkenaan. Saya dibayar upah dan elaun RM1,300 sebulan untuk menjalankan tugas di surau ini. Tidak banyak perbezaan solat Jumaat mengikut mazhab kami, katanya.

Ahli kariah surau itu yang juga pekerja kedai runcit warga Bangladesh, Mohd Farouk Iswalisatar, 45, berkata, hampir 10 tahun dia menunaikan solat di surau terbabit. Surau ini dibina pada 2008 dan sejak empat tahun lalu, solat Jumaat diadakan di sini. Ia (surau ini) memudahkan kami, apatah lagi kami tidak mempunyai kenderaan seperti motosikal mahupun kereta untuk ke masjid yang terletak jauh,” katanya.

Warga tempatan, Mohd Rosli Abdullah, 65, berkata, sudah hampir empat tahun dia menggunakan surau itu dan tiada apa yang meragukan. Tempat kerja saya dengan surau ini dekat dan saya hanya berjalan saja ke sini. Untuk ke masjid, ia mengambil masa kerana terletak kira-kira 10 kilometer dari sini, katanya.

Video Ucapan
https://youtu.be/7Ts-5UZrLXc


Kronologi:-

06 Jan 2018
Dato Sheikh Rajesh, Tkb Klang Singah bersama Skuad Terjah RTM dan penduduk setempat melihat sendiri bangunan yang di jadikan surau di Pulau Indah hampir 5-6 tahun oleh warga asing yang tidak di rujuk atau tanpa pengetahuan Jabatan Agama Islam Selangor kerana Bacaan Khutbah Jumaat sendiri tidak di rujuk kepada JAIS.

09 Jan 2018
Datp Sheikh Rajesh, TKB Klang Berjumpa dengan Pegawai JAIS bagi menyelesaikan Isu Surau di Pelabuhan Barat yang tiada teks Khutbah Jumaat selepas menerima aduan penduduk dan terjah skuad RTM tempoh hari. Alhamdulillah, JAIS akan memantau dan teks ucapan khutbah Jumaat akan disalurkan kepada surau berkenaan.



Comments

Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.