BACA INI SEBELUM MAHU UNDI JATUHKAN KERAJAAN
WAHAI rakyat Malaysia, anda mahukan negara yang lebih baik, tetapi anda tidak mahu menjadi warganegara yang lebih baik.
Anda mahukan hak-hak anda daripada negara, tetapi anda tidak mahu melaksanakan tanggungjawab anda sebagai warganegara.
Sebaliknya, anda mahu menukar kerajaan baru dan mengharapkan negara menjadi lebih baik. Anda fikir itulah penyelesaian yang betul.
Sepintas itulah yang akan menyelesaikan masalah pada hal mentaliti anda tidak berubah.
Keadaan yang anda keluhkan tentang kerajaan anda adalah keadaan yang wujud seperti di negara-negara lain.
Misalnya, tidak ada negara yang akan memberikan sesuatu secara percuma tanpa mengambil apa-apa daripada anda sebagai rakyat.
Tidak ada rakyat mana-mana negara yang tidak mengeluh tentang kerajaan mereka. Anda bandingkan negara lain dengan keadaan negara anda, yang kononnya lebih baik. Tetapi anda tidak melihat rakyat negara tersebut mengkritik pemerintah mereka.
Jadi, di negara mana anda mahu tinggal? Tidak ada negara yang sesuai dengan apa yang anda mahukan.
Anda mempercayai pembangkang, sedangkan anda tahu mereka akan berjanji perkara-perkara yang tidak logik hanya untuk berkuasa.
Tidak ada kerajaan pun yang boleh memuaskan semua kehendak-kehendak anda. Hiduplah dalam realiti.
Anda tahu orang-orang bukan Islam tidak akan meredhai kalian sehingga kalian mengikuti cara hidup mereka, tetapi anda menjadikan mereka sekutu politik anda. Dan bukan pula anda yang menguasai mereka dalam pakatan politik itu, sebaliknya mereka yang menguasai anda.
Anda mendakwa mahu memperjuangkan agama, tetapi anda menggadaikan agama anda kerana sedikit kesusahan hidup yang anda alami.
Kenapa anda membiarkan orang-orang bukan Islam mempersoalkan agama anda?
Wahai rakyat Malaysia, anda mendakwa parti Umno menggadaikan hak-hak orang Melayu, tetapi anda boleh pula mempercayai DAP yang terang-terangan akan menghapuskan hak-hak orang Melayu.
Anda seolah-olah tidak membaca perlembagaan parti DAP yang akan menghapuskan perbezaan kaum di negara ini. Bukan ini perangkap?
Bolehkah anda mengharapkan serigala menggembala kambing walaupun serigala itu kelihatan jinak?
Anda berpolitik kononnya untuk kebaikan negara, tetapi anda telah menghancurkan negara kerana kuat berpolitik. Semua perkara anda politikkan.
Anda tidak tahu lagi apa keutamaan anda sehingga menggadaikan hak-hak keistimewaan anda sebagai orang-orang Melayu. Itu bukan lagi berpolitik. Itu bermakna anda telah berjaya dipolitikkkan. Anda mangsa politik musuh.
Anda sememangnya terkeliru.
Anda mahukan pendapatan yang tinggi, tetapi anda tidak sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk kos kehidupan anda. Dalam konsep yang mudah, yang sesiapa pun boleh bayangkan, bagaimana majikan akan menaikkan gaji pekerja tanpa menaikkan harga produk atau caj perkhidmatan mereka?
Anda mahukan pembangunan dan kemajuan, tetapi anda tidak mahu menyumbang kepada negara. Semua negara di dunia ini, yang menuju ke arah kemajuan, melaksanakan cukai-cukai seperti GST untuk membangunkan negara mereka. Dan di sini anda mahukan pembangunan negara, tetapi anda mengeluh apabila dikenakan GST serendah 6 peratus, sedangkan di negara-negara lain, ia lebih tinggi lagi.
Di manakah negara yang semuanya percuma seperti yang anda khayalkan?
Anda mahukan pemerintahan Islam, tetapi anda menyokong pakatan parti yang menentang agama Islam, yang cenderung kepada sekular, liberal, plural, malah pro-LGBT dan seks bebas. Tidakkah ini sangat bertentangan?
Apakah yang sebenarnya anda sedang perjuangkan?
Anda mengeluh kebanjiran pendatang asing, tetapi anda sendiri tidak mahu menjadi buruh kasar, tukang sapu atau pengawal keselamatan.
Siapakah nanti yang akan membina bangunan-bangunan, membersihkan sampah yang anda buang atau menjaga kediaman anda? Ia seperti anda marahkan lalat-lalat, tetapi anda yang membuang sampah yang makanan lalat.
Kehidupan anda yang bertambah senang dan makmur membuatkan anda semakin tamak dan meminta lebih banyak lagi. Anda sedang merosakkan negara ini dengan mentaliti negatif seperti ini.
Anda semakin manja, mengada-ngada dan bermentaliti subsidi.
Anda mengira harga barangan yang murah pada zaman dahulu,,dan menyatakan betapa nostalgianya kehidupan zaman dahulu, tetapi anda tidak pula mahu memerhatikan berapa gaji pekerja pada zaman itu.
Kekeliruan fikiran sebahagian daripada anda semakin kronik. Apabila keadaan tandas awam kotor, anda membandingkan keadaan negara lain, dan anda seperti menyalahkan kerajaan, walhal itu adalah sikap masyarakat itu sendiri.
Apabila pihak berkuasa bertindak atas sesuatu perkara untuk kebaikan semua, anda mengkritiknya. Bahkan cara pihak berkuasa menangani penjenayah pun anda kritik.
Semuanya serba tidak kena. Apa yang anda mahu sebenarnya? Anda seperti anai-anai yang sedang merosakkan negara anda sendiri.
Wahai rakyat Malaysia, apa yang anda mahu ubah sebenarnya?
Bangunlah dari mimpi-mimpi anda.
Sumber Link.....
https://www.mysuara.net/berita/wahai-rakyat-malaysia/
Berapa banyak dedak penulis dapat?
ReplyDelete