PENGGANGGUR DI DAKWA 588 TUDUHAN SUMBANG MAHRAM.


AMPANG: Seorang penganggur yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 334 pertuduhan sumbang mahram, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan cubaan rogol dan 253 tuduhan sumbang mahram terhadap dua lagi anak saudaranya, yang ketika kejadian hanya berusia enam dan 10 tahun.

Tertuduh, yang berusia 46 tahun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Prosiding itu menjadikan jumlah pertuduhan yang dihadapi tertuduh sebanyak 588 kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa atas 253 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan mangsa yang kini berusia 17 tahun, di flat Datuk Ahmad Razali, di sini, antara Januari 2006 dan Disember 2013.

Lelaki itu turut didakwa atas satu pertuduhan cubaan merogol mangsa yang berusia 10 tahun antara Januari dan Disember 2017

Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376B dan 376B/511 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dihadapi lelaki itu selain membabitkan kes serius.

"Tertuduh amat mengenali serta mengetahui tempat tinggal mangsa, sekiranya dibenarkan ikat jamin terdapat kebarangkalian dia akan menganggu saksi,"'katanya.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Shahrul Nizam Azwir,memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan tertuduh tidak tinggal bersama mangsa selain belum dibuktikan bersalah.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Jumaat lalu, tertuduh dihadapakan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan 334 tuduhan sumbang mahram iaitu melakukan persetubuhan dengan anak saudaranya yang kini berusia 13 tahun, ketika mangsa berumur lima tahun.

Sumber : Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/385018/penganggur-didakwa-588-tuduhan-sumbang-mahram

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil