GENAP 100 HARI RESTORAN MAKAN PERCUMA TENGAHARI BEROPERASI DI JALAN PAHANG KUALA LUMPUR.


Diberi nama Restoran Gabungan NGO 1Malaysia, Dato Sri Jamal Md Yunos bersama beberapa ahli korporat memperuntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma selama 3 tahun.

Hari ini 22 Mac 2018, Genap hari ke 100 restoran ini beroperasi. Restoran ini di buka pada 16 Okt 2017.

16 Oktober 2017

Restoran ini dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 12.30 Tengahari  hingga 3.00 petang.


Pada permulaan pembukaan, 1,000 orang pertama akan menikmati makanan dan minuman percuma di restoran tersebut.

Restoran menyediakan 7 menu yang bertukar-tukar dan ini adalah konsep mengalu-alukan semua lapisan masyarakat asalkan rakyat Malaysia. Inilah konsep muhibah.


Rakyat Malaysia boleh makan apa sahaja yang mereka mahu di situ, selagi mereka tidak membazir makanan. Para pelanggan juga dikehendaki membasuh pinggan mereka sendiri setelah selesai makan.

Jamal mempunyai 15 pekerja sukarela di restoran yang terletak di sebelah McDonald's Jalan Pahang Mereka mula menyediakan menu-menu semua bermula seawal jam 5.00 pagi setiap hari beroperasi.


Jamal berharap restoran ini akan memberi manfaat kepada komuniti yang kurang bernasib baik di kawasan itu


Jamal menyedari bahawa kehidupan adalah lebih penting berbanding kekayaan material.

Idea untuk projek ini datang kepada beliau dua bulan lalu sebelum pembukaan restoran ini ketika Beliau menghadiri pengkebumian kawan baiknya. Beliau menyedari bahawa betapa banyak aset yang kita miliki, kita tidak dapat membawanya bersama setelah meninggal dunia.


Beliau memberitahu jika semua berjalan lancar, beliau akan membuka cawangan "Restoran Makan Percuma Tengahari" di Sekinchan tidak lama lagi. Hari ini juga Hari ke 98 Restoran Cawangan Sekinchan telah beroperasi.


Dalam pada itu, beliau turut menepis dakwaan pemberian makanan percuma ini semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Kalau beliau sendiri tak mampu lakukannya, tapi (ini hasil) sumbangan berterusan daripada rakan-rakan. Kos untuk seorang RM5. Kami dah masak (hidangan untuk) 1,000 orang memerlukan RM5,000."

Hari ini, kira-kira 3,000 hingga 5,000 orang pengunjung-pengunjung dari segenap lapisan masyarakat berbilang bangsa yang datang ke restoran ini setiap hari dan yang datang kebanyakan nya sudah biasa dengan masa mereka serta hidangan-hidangan yang senantiasa berubah pada setiap hari.

#Mediaazleeklamg

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil