Jamal Anggap Mereka "Bersih" Yang Turun Demo Tidak Ubah Seperti Orang Yang Bodoh, Sampah Masyarakat.
Ketua Baju Merah, Dato Sri Jamal Md. Yunos berkata, Gerakan Merah membuat keputusan membatalkan berhimpun di luar bangunan Parlimen untuk mengelak kejadian tidak diingini dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Beliau berkata keputusan yang dibincangkan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dicapai bersama malam tadi.
“Saya nak ucapkan tahniah kepada kumpulan Bersih berjaya adakan perhimpunan.
“Saya anggap mereka "Bersih" yang turun pagi tadi tidak ubah seperti orang yang bodoh, sampah masyarakat,” katanya.
“Sebahagian besar yang berucap daripada pemimpin pakatan pembangkang yang terdiri dikalangan ahli parlimen pakatan pembangkang.
“Walaupun saya dikecam oleh rakan-rakan NGO lain (tidak hadir), keputusan ini dibuat bagi menghormati undang-undang negara,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Gerakan Merah di Ampang.
Jamal dalam satu sidang media dua hari lalu dilaporkan akan menghimpunkan 10,000 ahlinya untuk menghalang himpunan Bersih.
Bagaimanapun atas nasihat polis beliau dan anggota NGO lainnya bersetuju bersama untuk tidak berada dalam himpunan anjuran Bersih 2.0.
Beliau mengulas mengenai ketidakhadiran Gerakan Merah bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 di luar Bangunan Parlimen hari ini.
Jamal turut mendakwa peserta demontrasi diberikan wang saku kerana hadir pada himpunan Bersih 2.0 tersebut.
Himpunan ini diadakan bagi membantah usul persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibentangkan hari ini dan akan dibahaskan ahli parlimen untuk diluluskan hari ini (28.3.2018)
Comments
Post a Comment