TUN MAHATHIR DI MALUKAN JAMAL DI MAHKAMAH.
Tun Mahathir hari ini gagal mengenepikan sepina oleh peguamnya. Beliau terpaksa menjawab persoalan-persoalan tentang Bersih yang dahulunya beliau tidak suka mengenai bersih yang ganas tetapi hari ini beliau menperakui bersih sekarang adalah sahabat beliau.
Dato Sri Jamal Yunos berjaya memalukan dan mengaibkan Tun Mahahthir. Beliau terpaksa bersetuju bahawa suami Maria Chin adalah penganas komunis buktinya ada kertas putih dari parlimen.
Beliau mengulas kehadiran Mahathir ke Mahkamah Tinggi Sivil hari ini untuk memberi keterangan kepada kes saman yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah terhadapnya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) hari ini mengakui beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan yang bakal dianjurkan oleh Bersih 2 akan menjadi lebih ganas.
Tun M yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta yang dipanggil menjadi saksi Sepina terhadap saman fitnah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah Terhadap Pengerusi NGO Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos pada petang tadi mengakui pernah menyiarkan pernyataan berkenaan di dalam blog peribadinya pada awal Mei 2012 yang lalu ketika menjawab pertanyaan oleh Peguam Jamal, Mohamed Nasser Yusof.
Dalam pada itu, Tun M menyatakan beliau telah mengubah pandangan setelah menyertai perhimpunan BERSIH 4 dan BERSIH 5 yang lalu dengan menyatakan perhimpunan BERSIH yang disertainya itu berada dalam keadaan aman ketika menjawab pertanyaan balas oleh Peguam Maria, N Surendran.
Sebelum ini, Mahathir gagal dalam permohonannya untuk mengetepikan sepina yang diperoleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu supaya beliau hadir dan memberi keterangan dalam kes saman Maria Chin.
Peguam Ilyani Nor Khuszairy yang mewakili Mahathir pada 19 Januari lalu dalam satu prosiding berkata penolakan itu dibuat ketika kes disebut dalam kamar hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Ilyani memaklumkan mahkamah menolak permohonan Mahathir atas alasan bekas perdana menteri itu mempunyai pengetahuan berkaitan hal yang dibangkitkan selain ada mengeluarkan kenyataan ketika perhimpunan Bersih 3.
Dalam pada itu, Jamal hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 2.15 petang tadi bagi mendengar kes saman fitnah terhadapnya ketika menentang BERSIH 5 yang difailkan oleh Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah
Comments
Post a Comment