"WIRA PENYELAMAT" ALLAHYARHAM ABU ZARIN HUSSIN DI NAIKAN PANGKAT- ALFATIHAH
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menaikkan pangkat bekas anggotanya, arwah Abu Zarin Hussin, 33, yang maut akibat dipatuk ular tedung, baru-baru ini. Majlis Penyampaian Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Negeri Sarawak hari ini.
Ketua Pengarah JBPM Malaysia, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, arwah dinaikkan pangkat dari gred KB19 ke KB22.
"Kenaikan pangkat itu bagi menghargai sumbangan dan jasa arwah sepanjang perkhidmatannya bersama JPBM.
"Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada JBPM," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Negeri Sarawak hari ini.
Abu Zarin, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di Bukit Angin disahkan meninggal dunia pada pukul 12.54 tengah malam,15 Mac lalu. #youtube link https://youtu.be/c2lF6qVK6qk
Comments
Post a Comment