ISU PEMBEBASAN NELAYAN SEKINCHAN TERTANGGUH AKIBAT HASUTAN DAP - JAMAL YUNOS
Kenyataan Media
11 April 2018
Isu Pembebasan Nelayan Sekinchan Tertanggguh Akibat Hasutan DAP
Untuk makluman para media, nelayan Sekinchan dibebaskan hari ini, Encik Chua Kee Chuan sepatutnya pulang bersama dua nelayan lain pada 16 Jun 2016.
Kepulangan dua nelayan itu iaitu Encik Chua Lee Teck dan Encik Heng Chee Yong pada dua tahun lalu berlaku sebelum PRK Sungai Besar dan mereka diserahkan sendiri oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Bagaimanapun kepulangan Encik Chua Kee Chuan hari ini tertangguh sebelum ini disebabkan oleh hasutan daripada pemimpin DAP Sekinchan hingga pihak keluarga mangsa enggan berurusan dengan saya untuk membebaskan beliau.
Akibatnya Encik Chua Kee Chuan tidak dapat dilepaskan dari penjara di Indonesia dua tahun lalu.
Ketika dua nelayan dibawa pulang Ke Sekinchan, ibu kepada Encik Chua Kee Chuan berjumpa dengan saya dalam keadaan menangis serta merayu untuk melepaskan anaknya yang ditahan di Indonesia.
Ketika saya baru tahu keadaan sebenar selepas ibu beliau menceritakan apa yang berlaku (hasutan).
Saya meminta campur tangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berurusan dengan Presiden Indonesia, Jokowi Widodo untuk membebaskan nelayan Sekinchan itu pada tahun lepas.
Hasilnya rundingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia di Kuching, Sarawak pada November tahun lepas telah bersepakat dan bersetuju untuk membebaskan mana-mana nelayan yang telah ditahan kerana menceroboh kawasan perairan masing-masing.
Selepas kesepakatan dan persetujuan itu tercapai, satu mesyuarat berhubung pembebasan nelayan-nelayan ini telah diadakan di antara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti pada 11 Jan lepas.
Menerusi mesyuarat tersebut, kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk membebaskan nelayan-nelayan Malaysia yang telah ditahan secara berperingkat bermula Februari lalu.
Akhirnya pihak Indonesia membuat keputusan untuk melepaskan Encik Chua Kee Chuan daripada tahanan di Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia pada hari ini.
Sehubungan itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk membebaskan Encik Chua Kee Chuan daripada tahanan penjara di Indonesia.
Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar,
Dato’ Sri Jamal Md Yunos
Comments
Post a Comment