JANJI KHAS BN BUAT PENGUNDI SELANGOR DAN PULAU PINANG -NAJIB



MANIFESTO BARISAN NASIONAL
#KamiPilihBiru
#Vote4BN
#ManifestoBarisanNasional
#BNTerbaik
#MohonShare
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Janji khas #BN buat pengundi #Selangor, #Pulau Pinang

Datuk Seri Najib Razak berkata, BN berjanji menyelesaikan masalah air di Selangor, jika parti itu berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Pengerusi BN berkata, BN juga berjanji menyediakan sebanyak 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang.

"Kalau BN kembali memerintah, masalah air di Selangor, pasti BN akan selesaikan. Aku janji untuk negeri Pulau Pinang pula, nampaknya tiada cahaya dihujung terowong.

"Namun agenda utama BN, kita berjanji menyediakan 65,000 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang, ini janji BN pada rakyat Pulau Pinang," katanya berucap dihadapan puluhan ribu penyokong BN ketika melancarkan Manifesto di Stadium AXIATA, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Sebelum menyatakan janji itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menukilkan serangkap pantun khas khusus untuk dua negeri itu, berbunyi:

Tercari terowong di Pulau Pinang,

Terjumpa baldi di negeri Selangor,

BN mesti kena menang,

Barulah rakyat hidup aman dan makmur.

Memulakan ucapannya, Najib turut menyatakan BN akan terus memperkasa peranan wanita dalam pelbagai bidang di negara ini.

"Ibu dan wanita dikaulah hati negaraku, bila kita memilih wanita dan ibu, bahawa kita meletakkan wanita dan ibu di tempat yang begitu tinggi dalam masyarakat kita.

"Ini melambangkan komitmen BN untuk memperkasakan wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita yang bekerjaya."




Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil