LAPORAN POLIS TERHADAP TUN MAHATHIR OLEH DATO JAMAL BERKAITAN KES PREBET ADAM.



Satu laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini.

Jamal yang ditemui pemberita selepas itu memberitahu, laporan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut dibuat berhubung dengan kejadian amuk Prebet Adam di Jalan Chow Kit lebih 30 tahun lalu.

Dakwa Jamal, Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri telah menggunakan insiden tersebut untuk mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.



“Hari ini kami datang bersama dengan rakan-rakan NGO membuat satu laporan polis tentang kes 30 tahun yang lepas iaitu kes Prebet Adam yang telah digunakan oleh Tun Mahathir untuk mengaibkan Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor sebelum ini.

“Jadi apa yang Tun Mahathir telah lakukan kepada rakyat Malaysia dengan menggunakan media ketika itu yang beliau kawal sepenuhnya, melaporkan bahawa Prebet Adam ini mengamuk di Chow Kit kerana Almarhum Sultan Johor ketika itu memukul adik kepada Prebet Adam sehingga meninggal dunia.

“Jadi dakwaan tersebut menyebabkan hampir seluruh rakyat di dalam negara ini percaya. Kita melihat bagaimana Tun Mahathir memfitnah Almarhum Sultan Johor sehingga saya yang masih kecil ketika itu percaya.

“Sedangkan hakikatnya telahpun didedahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri bahawa apa yang berlaku ketika itu adalah satu fitnah dan bohong semata-mata,” katanya.

Justeru itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap Mahathir yang disifatkan sebagai tidak boleh dipercayai dan pemfitnah itu.

Comments

  1. setuju..saya pun percaya..sehingga lah saya dpt berbual dengan peguambela prebet adam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil