ALUMNI UiTM MEMBANTAH TUNTUTAN HINDRAF YANG MENDESAK KEMASUKAN UiTM DI BUKA KEPADA SEMUA KAUM.
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) yang mewakili 700,000 alumni universiti berkenaan membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mendesak kemasukan UiTM dibuka kepada semua kaum.
Presidennya, Datuk Mohd. Zaini Hassan berkata, PAUiTM berdiri teguh dan secara sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke UiTM kepada kaum-kaum lain.
Katanya, ini berdasarkan premis bahawa kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Mohd. Zaini, PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti 'menuang minyak ke api' itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu dan bumiputera di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, kenyataan berbaur hasutan seperti itu dihentikan sama sekali oleh mana-mana pihak sekali pun.
Pada masa, katanya, PAUiTM mencadangkan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan terus mencari jalan bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan ulung bumiputera itu.
"Bagi memastikan UiTM tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi kami mencadangkan ia diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu," ujarnya.
Sumber UTUSAN ONLINE
http://m.utusan.com.my/berita/terkini/pauitm-bantah-gesaan-hindraf-buka-uitm-kepada-semua-kaum-1.681251
Kerajaan timbang tuntutan HINDRAF 2.0
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan 25 tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) termasuk berkaitan tanah rancangan FELDA dan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/431420/kerajaan-timbang-tuntutan-hindraf-20
Hindraf tuntut tanah rancangan
seperti Felda, UiTM dibuka kepada kaum lain
28 Mei - Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menyediakan lebih banyak peluang kepada kaum India berpendapatan rendah untuk memperbaiki taraf hidup mereka, termasuk dengan pemberian tanah rancangan seperti Felda serta peluang pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ketuanya, P. Uthayakumar mendakwa, langkah itu penting kerana sepanjang lebih 60 tahun negara ditadbir Barisan Nasional (BN), kerajaan sebelum ini gagal membangunkan kaum India yang ketinggalan berbanding kaum lain.
“UMNO mengamalkan politik dan polisi perkauman selain orang Cina yang menguasai sektor swasta menyebabkan kaum India berpendapatan rendah tersisih daripada pembangunan ekonomi negara.
“Kami mahu bergerak ke hadapan dan membantu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatasi masalah kemiskinan dalam kaum India,” katanya ketika ditemui semasa menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd. Yusof di Menara Ilham, di sini hari ini.
http://m.utusan.com.my/berita/politik/hindraf-tuntut-tanah-rancangan-seperti-felda-uitm-dibuka-kepada-kaum-lain-1.681118

Comments
Post a Comment