ISU 1MDB : PENYIASAT HARUS SIASAT PENGURUSAN BUKAN NAJIB -BEKAS AHLI PARLIMEN KEPONG
MALAYSIA TODAY
(Translated by: Ariff Ahmad)
Bekas Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, yang sebelum pilihan raya umum telah mempertahankan Najib Razak diatas isu 1MDB hari ini sekali lagi mengekalkan pendiriannya bahawa penyiasat harus siasat pihak pengurusan Dana Negara (1MDB) atas dakwaan salah urus.
"Itu pendirian saya, dan ia akan selamanya menjadi pendirian saya," katanya, sambil menambah bahawa berdasarkan laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Akaun Awam (PAC), maka beliau tidak dapat mengatakan Najib bersalah, .
"Dalam PAC, kami mendapati bahawa pihak pengurusan yang tidak telus dan perlu disiasat lagi," katanya ketika ditanya mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat salah laku di 1MDB.
Beliau berkata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sentiasa berkata akan tegakkan kedaulatan undang-undang.
"Ikut proses undang-undang dan dakwa pihak pengurusan jika terdapat bukti yang cukup," tambahnya.
Tan, yang dahulunya adalah salah seorang ahli PAC, berkata Najib tidak harus bertanggungjawab ke atas urusan Dana Berdaulat itu kerana beliau tidak terlibat dalamnya.
Sebelum pilihan raya 9 Mei, Najib mendakwa DAP telah gugurkan Tan dari barisan calonnya kerana beliau bercakap "benar" mengenai 1MDB. Tan adalah seorang ahli politik kanan yang telah memegang kerusi Parlimen Kepong selama lapan penggal.
Selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14, mereka telah declassified Laporan Audit 1MDB. Menurut laporan itu, pegawai senior 1MDB telah menahan maklumat dari Lembaga Pengarah dan membuat beberapa keputusan tanpa kelulusan mereka.
Tan Seng Giaw Says It Again: Probe 1MDB Management, Not Najib
Former Kepong MP Dr Tan Seng Giaw, who had defended Najib Razak over the 1MDB issue before the general election, today maintained his stand that investigators should be probing the state fund’s management team for alleged mismanagement.
“That is my stance, and it will always be my stand,” he said, adding that he could not say Najib was guilty, based on the Auditor-General’s Report presented to the Public Accounts Committee (PAC).
“In PAC, we found that the management was not transparent and should be investigated further,” he said when asked about the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) probe into alleged wrongdoing at 1MDB.
He said Prime Minister Dr Mahathir Mohamad had always said the rule of law would be upheld.
“Follow the legal process and charge the management if there is enough evidence,” he added.
Tan, who was formerly a member of PAC, said Najib should not be held accountable for the sovereign fund’s dealings as he was not involved in them.
Before the May 9 election, Najib claimed DAP had dropped Tan from its candidate line-up because he was speaking “the truth” about 1MDB. Tan, a senior politician, had held the Kepong parliamentary seat for eight terms.
The 1MDB audit report was declassified after Pakatan Harapan won the general election. According to the report, senior 1MDB officials had withheld information from the board and made some decisions without the board’s approval.
Sumber;-
http://www.malaysia-today.net/2018/05/24/tan-seng-giaw-says-it-again-probe-1mdb-management-not-najib/
Comments
Post a Comment