JAMAL HUBUNGI PEGUAM MEMAKLUMKAN BELIAU SEDIA BERIKAN KERJASAMA KEPADA POLIS.
KENYATAAN MEDIA
Dato' Mohd Imran B. Tamrin
Peguam
27 Mei 2018 | 4.00 am
Untuk makluman semua, DS Jamal telah menghubungi kami kumpulan peguam dan memaklumkan bahawa beliau sedia memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pihak Polis untuk menyempurnakan proses ikat jamin tempoh hari.
Beliau telah menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses "discharge" untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain. Pada ketika itu beliau percaya dan beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna.
Beliau juga memaklumkan bahawa beliau masih belum sihat sepenuhnya dan dalam proses penyembuhan. Beliau akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis setelah beliau benar-benar sihat.
Pihak peguam percaya telah berlaku sedikit salah faham, sehingga perkara dan situasi beliau tersebut telah dieksploitasi dengan tanggapan negatif. Beliau tidak melarikan diri dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Pihak peguam juga telah memaklumkan kepada pihak Polis berkenaan perkembangan ini dan pihak Polis telah mengambil maklum perkara ini.
Terima kasih.
Dato' Mohd Imran B. Tamrin
Peguam
27 Mei 2018 | 4.00 am
Comments
Post a Comment