PAS, UMNO BOLEH BERSATU DI PARLIMEN -NAIB PRESIDEN PAS
KOTA BHARU - Pas dan Umno mampu menjadi satu suara yang vokal di
Parlimen dalam memperjuangkan kepentingan Islam di negara ini.
Naib
Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak mustahil untuk
kedua-dua pihak bersatu hati di dalam isu yang menyentuh kepentingan Islam dan
Melayu.
Menurutnya,
jika digabungkan 57 kerusi dikuasai Umno dan 18 dimiliki Pas ia mampu diterjemahkan
menjadi kuasa kuat demi masyarakat Islam di Malaysia yang tidak mudah
dipertikaikan pihak lain.
“Dalam isu
yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu tidak menjadi masalah untuk Pas dan
Umno menjadi satu suara di Parlimen. Bukan bermakna kita bergabung.
“Politik itu
cerita lain, jangan salah faham. Kita harap Umno menilai kedudukan mereka
sekarang ini dan betulkan semula. Kalau boleh betulkan balik kita pun suka,”
katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Amar
melihat biarpun parti itu mengalami kekalahan teruk pada PRU14 akibat tsunami
rakyat dengan hilangnya kerajaan, namun Umno masih kuat berbanding yang lain.
“Sebagaimana
solidariti selama ini dalam isu RUU 355, kekejaman di Palestin dan penindasan
terhadap etnik Rohingya maka tidak sukar ia diteruskan di bawah kerajaan baharu
Pakatan Harapan ini.
“Sebab itu
kita harap boleh bersatu di Parlimen. Ini bukan main-main (kuasa Umno), suara
membela Islam boleh jadi kuat. Dulu boleh duduk sekali dan selepas ini
segala-galanya jadi lebih mudah (daulatkan Islam),” katanya.
SUMBER:-
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pas-umno-boleh-bersatu-di-parlimen-1.839648
Comments
Post a Comment