RESTORAN PENGOTOR
Sebuah video melibatkan beberapa pekerja sebuah restoran daun pisang di Bangsar membasuh pinggan mangkuk menggunakan air kotor di lorong belakang kedai kini tular di laman sosial.
Berikutan itu, pihak Pengurusan Raj's Banana Leaf menerusi laman Facebooknya memohon maaf secara terbuka kepada para pelanggannya atas kejadian itu.
Jelasnya, kejadiaan yang tidak diingini itu berlaku disebabkan oleh pekerja baru di cawangan yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.
Pihaknya berkata, restoran makanan tersebut mempunyai sijil kesihatan yang sah dan melepasi syarat yang dikehendaki.
Restoran itu turut memberi jaminan akan terus memerhatikan pekerjanya terutama di kawasan dapur agar isu kebersihan diberikan perhatian.
Raj's Banana Leaf turut mengambil tindakan tegas kepada pekerja terbabit dan akan memastikan perkara tersebut tidak berulang.
Premis Raj's Banana Leaf akan ditutup mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak - DBKL
Comments
Post a Comment