SAYA TIDAK MELARIKAN DIRI -JAMAL YUNOS



Semoga Allah Swt permudahkan segala urusan.

Dakwaan beberapa pihak tidak bertangungjawab yang menuduh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos melarikan diri dari Hospital Ampang Puteri dan dalam tahanan reman adalah tidak berasas sama sekali.

Menurut Jamal, beliau beranggapan tahanan reman telah berakhir pada Jumaat kira-kira jam dua petang setelah dijamin oleh pihak penjamin dan bergegas keluar dari hospital mengejar masa ke Tabung Haji untuk membayar segala kos jaminan.

“Saya mendapati reman saya telah habis, jaminan saya di atas tuduhan tersebut telah dijamin oleh penjamin saya.

“Saya keluar dari hospital dan pergi ke Tabung Haji untuk mengeluarkan duit bagi membiayai kos-kos reman dan sebagainya,”katanya dalam satu rakaman suara yang dihantar ke kumpulan whatsapp media pada Ahad pagi.

Jamal terkejut apabila mendapati tuduhan yang mendakwa beliau melarikan diri dari hospital dan bertindak untuk berehat memandangkan keadaannya yang masih belum stabil.

Ekoran dari salah faham ini, Jamal menyatakan kesediaannya memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menyelesaikan urusan reman tersebut.

“Saya tetap akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

“Bagi saya perkara ini adalah salah faham kerana menganggap proses ini telah selesai tetapi ada beberapa dokumen selepas jaminan yang saya tidak tanda tangani,” katanya.

Sumber
http://watan-online.com/saya-tidak-melarikan-diri-jamal/

Assalamualaikum buat rakan rakan,

Saya Jamal Md Yunos ingin memberi penjelasan apa yang sedang viral sekarang ini sedang dicari atau diburu oleh pihak polis yang mengatakan saya lari daripada tahanan polis atau lari dari hospital.

Apa yang berlaku, setelah saya habis reman pada jumaat lepas lebih kurang pukul 2 petang dan sebelum itu telah pun dituduh oleh majistret daripada shah alam dan ampang dan saya mendapati reman saya telah habis dan jaminan saya terhadap tuduhan tuduhan tersebut telah pun dijamin oleh penjamin penjamin saya dan pada  pukul 3.15 saya melihat dan bagi saya telah selesai kes tersebut, saya pun keluar daripada hospital dan pergi ke tabung haji untuk keluarkan duit untuk biayai kos kos tersebut seperti reman dan sebagainya.

Jadi apabila saya bergegas keluar dari hospital itu kerana mengejar masa takut pejabat tabung haji tutup. Jadi setelah saya berjaya mengeluarkan duit saya mendapat panggilan yang saya sedang diburu oleh pihak polis kerana melarikan diri dari hospital dan sebagainya.

Sebab itu  dalam keadaan yang saya kurang sihat bagi saya lebih baik saya berehat dahulu dan insyaallah saya akan tetap akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Bagi saya perkara ini adalah salah faham. Bagi saya dan ingatan saya  mungkin proses jaminan itu telah pun selesai tetapi ada beberapa dokumen selepas jaminan yang saya tidak menandatangani. Itu saja sebenarnya dan saya bukan melarikan diri daripada polis dan sebagainya.

Insyaallah saya akan datang ke balai dan berikan kerjasama kepada pihak polis. Terima kasih

https://www.facebook.com/azlee.klang/posts/1815095835200333


KENYATAAN MEDIA

Semalam pada 25/5/2018 jam lebih kurang 3.30 pm, ketika kami kumpulan peguam membantu proses ikat jamin untuk anak guam kami iaitu Dato' Sri Jamal Yunos bagi pertuduhan kes dalam Mahkamah Majistret Shah Alam dan Mahkamah Majistret Ampang yang telah dibacakan kepada beliau di Wad Hospital Ampang Puteri pada sebelah pagi, kami dapati beliau telah keluar dari wad sebelum proses tersebut sempurna dan kami gagal mendapatkan beliau untuk melengkapkan proses ikat jamin petang semalam.

Saya bersama dengan rakan-rakan bijaksana saya yang lain telah dibawa ke IPD Ampang Jaya pada jam lebih kurang 5.00 pm untuk membantu pihak Polis bagi mengesan dan mendapatkan Dato' Sri Jamal Yunos untuk melengkapkan proses tersebut mengikut aturan dan prosedur yang sepatutnya. Setelah hampir lebih 10 jam usaha untuk mendapatkan beliau gagal, kami telah dibenarkan pulang untuk terus membantu pihak Polis bagi menyelesaikan proses tersebut.

Saya menyeru dan mohon pertolongan rakan-rakan yang ada diluar sana agar dapat membantu kami serta pihak Polis dalam mendapatkan beliau agar proses ikat jamin tersebut dapat disempurnakan tanpa sebarang implikasi terhadap mana-mana pihak. Saya percaya mungkin berlaku sedikit "miscommunication" dan anak guam kami beranggapan proses ikat jamin tersebut telah sempurna. Ini adalah pengalaman pertama beliau dalam menghadapi situasi atau prosedur pertuduhan luar kamar mahkamah. Saya juga percaya, ini adalah kes kekhilafan tanpa sebarang niat melakukan apa-apa jenayah termasuk niat untuk lari dari tahanan. Saya khuatir beliau dalam keadaan trauma atau tekanan (unecessary pressure) kerana situasi dan keadaan ini adalah sesuatu yang baru untuk beliau.

Saya memohon kemaafan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak Polis, Mahkamah dan Hospital dalam kes ini. Sekali lagi saya mohon supaya Dato' Sri Jamal Yunos dapat menghubungi kami kumpulan peguam atau hadir terus ke IPD Ampang Jaya bagi menyempurnakan proses ikat jamin tersebut dan saya percaya pihak Polis akan memberikan kerjasama dan bantuan yang sewajarnya tanpa perlu ada sebarang tangkapan.

Terima kasih.

Dato' Mohd Imran B. Tamrin
Peguam
ADUN Kawasan Sungai Panjang
26 Mei 2018 | 6.00am

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil