JAMAL YUNOS CALON NO.6 KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

NO. CALON : 06
CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA. Terima Kasih Sokongan sahabat UMNO #DSJY4KPUM



PEMILIHAN UMNO 2018

1. Berbekalkan semangat kepimpinan dan kebijaksanaan, saya dengan penuh rasa yakin nekad untuk memimpin barisan tertinggi jentera pemuda UMNO yakni Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

2. Keputusan saya ini mempunyai kekuatan dan alasan yang kukuh untuk mengembalikan semangat perjuangan pemuda UMNO bagi memastikan jentera ini lebih bertenaga dari generasi ke generasi akan datang.

3. Pemuda masa kini harus dibentuk dengan didikan yang lebih berani, berprinsip dan berdisiplin dan tidak melupakan asas perjuangan nenek moyang kita dalam UMNO sejak dahulu lagi.

4. Memandangkan pertandingan ini adalah secara terbuka, memilih untuk menjadi calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini bukanlah satu niat untuk menyangkal lawan bagi jawatan yang sama mahupun yang lebih berpengalaman, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tertentu.

5. Saya berikrar untuk memberi sepenuh komitmen bersama rakan-rakan seperjuangan dan para jentera pemuda untuk mengangkat serta menzahirkan keteguhan nama pemuda UMNO seperti zaman kegemilangan terdahulu.

6. Parti keramat orang Melayu ini harus terus dibangkitkan dari dalam diri supaya ia meresap ke segenap inci kekuatan kerohanian bagi menjaga segala aspek ketuanan orang Melayu yang kian ditindas kini.

7. Saya juga mengambil pendekatan terbuka untuk ditegur dan dikritik bagi memastikan kelancaran perjuangan bersama para pemuda UMNO untuk memacu parti ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

8. Saya yakin dan percaya, saya juga mempunyai kelemahan, namun itu bukanlah penyebab untuk saya mengalah bagi meneruskan serta mencipta idea idea baharu dan lebih luar biasa berlandaskan peredaran arus zaman moden kini.

7. Seorang pemimpin sebenarnya diuji semasa menghadapi krisis sama ada untuk mempraktis kebijaksanaan, menghadapi realiti, membawa perubahan dan berkorban bagi meneruskan wadah perjuangan UMNO.

8. Bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa kesetiaan saya pada UMNO tetap utuh dan tidak berbelah bahagi walau apa jua keputusan kelak. Pada saya, apa yang penting adalah semangat kekeluargaan UMNO terus terjalin dan lebih kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran akan datang.

9. Pemuda UMNO merupakan harapan serta tunjang bagi membekalkan warisan kepimpinan terdahulu untuk dibawa pada masa akan datang. Keikhlasan dalam menterjemahkan perjuangan wadah UMNO pasti akan membawa parti keramat ini ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

10. Saya rayu sokongan dan bantuan para saudara bagi membolehkan saya memimpin Pergerakan Pemuda UMNO menjadi barisan jentera yang akan membela dan memperjuangkan nasib Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA).

DATUK SERI JAMAL MD YUNOS

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil