RESTORAN MAKAN PERCUMA DAN JUALAN IKAN MURAH AKAN DI TERUSKAN DEMI MEMBANTU RAKYAT -JAMAL



Perlaksanaan bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia akan tetap diteruskan dengan meneruskan operasi Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) dan Program Jualan Ikan Murah oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Walaupun Jamal kini diperlakukan seperti penjenayah, namun beliau tetap berkhidmat serta membantu rakyat dengan meneruskan operasi restoran itu yang kini memberi santapan percuma untuk berbuka puasa.

Selain itu, penjualan ikan murah serta pelbagai keperluan harian lain turut tetap diteruskan sepertimana yang dijanjikan untuk terus membantu golongan yang berpendapatan rendah.

“Walaupun saya kini dikecam natizen, saya akan tetap meneruskan penjualan ikan serta barangan keperluan pada harga mampu milik. Begitu juga restoren makanan percuma di jalan pahang dan sekinchan.

“Saya yakin dan percaya, rakyat kini lebih bijak dalam melihat suasana politik dan ekonomi yang kini. Saya berharap dengan bantuan yang saya berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kehilangan pekerjaan serta mengurangkan kos sara hidup bagi golongan tertentu,” katanya kepada wartawan Watan-Online pada Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil