SULTAN SELANGOR DUKACITA ADA PIHAK PELEKEH INSTITUSI RAJA
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh Institusi Raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-Raja Melayu.
Titah baginda, paling mendukacitakan apabila hasutan supaya membenci Raja-Raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
Titah baginda lagi, peranan Institusi Raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum lain di negara ini.
Penularan budaya itu dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut supaya membenci Raja-Raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis.
Tegas Sultan Sharafuddin, Institusi Raja berperanan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini malah sentiasa mendukung prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baginda mahu semua umat Islam berbaik sangka, bersatu padu, bertolak ansur dan sentiasa bersedia untuk memaafkan serta membantu antara satu sama lain seperti ajaran agama yang mengutamakan nilai-nilai positif.
Comments
Post a Comment