Posts

Showing posts from October, 2020

Ustaz Ebit Lew hantar barang medikal untuk bantu frontliner di Sabah

Image
SEBELUM   ini penceramah dan usahawan, Ustaz Ebit Lew membantu penduduk di Selangor yang terjejas bekalan air dengan membeli dan mengagihkan dua lori besar air. Ramai penduduk bersyukur dan berterima kasih atas usaha Ustaz Ebit yang membantu ketika mereka memerlukan bekalan air tersebut. Bukan itu sahaja, pendakwah terkenal itu juga tidak pernah kenal erti lelah membantu golongan miskin dan memerlukan apa sahaja bantuan. Terbaru, Ustaz Ebit juga tampil membantu frontliners di Sabah. Alhamdulillah! Kongsinya; “Doakan yer… Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. “Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. “Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. “Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo. “Doakan yer… InsyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah…sayang orang Sabah sangat,” tulisnya. Rata-rata pengikut media sosial Ustaz Ebit m...

Kenyataan Media Presiden UMNO 29 Okt 2020

Image
KENYATAAN MEDIA Presiden UMNO Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah  berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya Gencatan Politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik. 2. UMNO juga ingin mengulangi dengan jelas sekali lagi bahawa kami menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan  oleh pihak kerajaan. 3. UMNO memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada Kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang p...

MUHYIDDIN TAWAR TIMBALAN PERDANA MENTERI KEPADA UMNO- ISHAM JALIL

Image
Semalam ura-ura mengatakan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, namun tawaran ini bersyarat iaitu Muhyiddin tidak mahu menerima Presiden UMNO Dato' Seri Zahid Hamidi. Jika ini benar, maka pada permukaannya tawaran ini nampak elok namun ianya perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dan bukan dengan tergesa-gesa. Tawaran bersyarat seperti ini akan mengundang beberapa implikasi kepada UMNO dan Barisan Nasional. UMNO perlu menimbang implikasi-implikasi ini. Antara implikasi-implikasinya ialah: PERTAMA, perbalahan dalaman UMNO yang membawa kepada perpecahan apabila Presiden diketepikan secara paksa oleh pihak luar daripada parti terutama oleh parti PPBM. KEDUA, ialah pengukuhan kedudukan Muhyiddin dan PPBM dalam kerajaan dengan sokongan UMNO. KETIGA, ialah implikasi kedudukan UMNO dan BN dalam Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. ........ Pada hemat saya, adalah lebih baik jika tawaran-tawaran ...

SIAPA DI BELAKANG PORTAL MalaysiaNow -Puad Zarkarhi

Image
  Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow. Siapa pemiliknya? Ikut carian SSM, Abd Ar-Raman Koya adalah single director. Dia adik kepada Latheefa Koya bekas PKR yang dilantik sebagai boss SPRM oleh Tun Mahathir. Dikatakan Azmin Ali adalah pay master kepada portal ini. Apakah Hamzah juga terlibat. Ada yang kata C5 terlibat. Bagaimana C5 terlibat. Mudah je. Bocorkan maklumat dalaman. Pusing fakta dan timbulkan provokasi. Macam ada konspirasi terancang sejak 20 September. Naratif utama portal ini sekarang ialah UMNO mahu berkawan dengan Anwar. Bila berkawan dengan Anwar maknanya berkawan dengan DAP. Mereka yakin isu kerjasama dengan Anwar-DAP adalah senjata ampuh untuk memecah belahkan UMNO. UMNO-DAP umpama anjing dengan kucing.  Politiking memang sukar dibendung. Azmin main belakang. Dia gunakan MalaysiaNow untuk adu domba. Dia penasihat “darurat” yang gagal. Sayang sekali, MalaysiaNow tidak pula me...

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil

Image
DS Najib hanya membuat beberapa cadangan, atau lebih tepatnya, meletakkan pilihan yang UMNO ada dalam senario semasa.  Namun terdapat reaksi dan emosi awal seperti orang mengalami histeria di kalangan sebahagian kecil penyokong UMNO. Tidak pasti apa agenda kumpulan ini.   DS Najib memikirkan kelangsungan UMNO dalam menghadapi krisis politik, ekonomi dan kesihatan yang berlaku pada masa yang sama.  Beberapa cadangan dikemukakan oleh beliau untuk dipertimbangkan. Namun, terdapat kumpulan kecil ini hanya memperbesarkan satu dari cadangan beliau. Lebih menyedihkan, cadangan itu diambil sebahagian dan dimanipulasi dengan cara yang amat jijik.  Cadangan bukanlah arahan. Malah ianya boleh ditolak jika tidak diterima secara "accumulative".  UMNO sepatutnya lebih dewasa apabila menerima pelbagai cadangan dari kalangan ahli mahupun pemimpin. Jangan terlalu cepat melatah. Percambahan buah fikiran seharusnya diterima dan diperhalusi.  Namun, kumpulan kecil ini mem...

NAJIB CADANGKAN PENGELUARAN KWSP "ONE-OFF" SEHINGGA RM10,000 AKAUN 1

Image
Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin. Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan keluaran "one-off" sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak. Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran "one-off" ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi memulih - tidak termasuk caruman bulanan biasa. Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara. Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak. NOTA:  Saya cadangkan syarat a...

BAJET 2021 PERLU DIBENTANG OLEH KABINET PERDANA MENTERI YANG BARU -Isham Jalil

Image
  Menjunjung kasih dan taat kepada titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semalam tentang kepentingan Bajet 2021 untuk tahun depan, oleh sebab ini pada hemat saya Bajet 2021 tersebut perlu dibuat dan dibentang oleh Perdana Menteri yang baru. Ini memandangkan kerajaan dan Perdana Menteri yang sedia ada adalah goyah, tidak mempunyai sokongan majoriti kukuh (atau tiada majoriti langsung), dan pada bila-bila masa akan tumbang. Oleh itu, besar kemungkinan kabinet Perdana Menteri sedia ada tidak akan ada lagi pada tahun depan untuk melaksanakan dasar-dasar dan perbelanjaan yang diperuntukkan dalam Bajet 2021 yang disediakan oleh mereka. Dan kerajaan dan Perdana Menteri yang baru yang menggantikan mereka tentunya mahu dan mempunyai rancangan dan dasar-dasar yang baru yang perlu diterapkan dalam Bajet 2021 yang akan dilaksanakan oleh mereka sendiri untuk membantu rakyat dalam menangani krisis ekonomi dan COVID-19 pada tahun hadapan. Adalah tidak masuk akal dan tidak waras untuk men...

KESAN PROKLAMASI DARURAT -Isham Jalil

Image
KESAN PROKLAMASI DARURAT Sekejap lagi Majlis Raja-raja dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong akan membincangkan tentang cadangan Perdana Menteri untuk pengistiharan Proklamasi Darurat. Dalam Perlembagaan, tidak ada pembahagian kategori Proklamasi Darurat seperti "Darurat Kesihatan", "Darurat Keselamatan", "Darurat Komunis", "Darurat Politik", atau sebagainya. Yang ada termaktub adalah sebab-sebab yang membolehkan kerajaan dan Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan suatu Proklamasi Darurat iaitu ancaman keselamatan, ekonomi atau ketenteraman awam: Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan menyebut: "..jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang berm...

KERAJAAN PERLU FOKUS DAN BERPELEMBAGAAN TANGANI KRISIS -MOHAMAD HASSAN

Image
Malaysia berada dalam krisis kesihatan yang tidak pernah ia hadapi dalam sejarah. Namun ia bukan suatu krisis kesihatan yang unik kepada Malaysia. Pandemik virus corona adalah wabak global yang juga dihadapi oleh hampir semua negara lain di dunia.  Yang membezakan ialah skala kebolehjangkitan dan korban dari wabak ini. Sehingga kini Malaysia masih berada dalam keadaan yang jauh lebih baik dari kebanyakan negara lain. Kemampuan sistem kesihatan Malaysia menangani krisis ini adalah teruji dan telah diiktiraf sebagai salah satu negara dengan tindakan terbaik dan wajar dicontohi. Justeru, apa jua tindakan menangani krisis ini mestilah memaparkan keupayaan Kerajaan bertindak dengan wajar, saintifik dan mengambil kira kepentingan awam. Malaysia tidak berada dalam kelumpuhan ekonomi, sistem kesihatan dan keselamatan awam. Malah Malaysia telah berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang terfokus, dirangsang dengan pelbagai stimulus yang selari dengan kepentingan rakyat dengan sistem kesihatan...

APA AKAN JADI SEKIRANYA AGONG TIDAK PERKENAN CADANGAN DARURAT TAN SRI MUHYIDDIN-Isham Jalil

Image
  APA AKAN JADI SEKIRANYA AGONG TIDAK PERKENAN CADANGAN DARURAT TAN SRI MUHYIDDIN Oleh: Isham Jalil Saya telah mendapat khabar semalam bahawa SPB YDP Agong telah bertitah untuk membincangkan dahulu dengan Majlis Raja-raja tentang cadangan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sebelum Baginda membuat keputusan. Langkah SPB YDP Agong ini adalah satu keputusan yang bijak dan tertib. Pada hemat saya terdapat beberapa sebab mengapa YDP Agong memilih untuk memperhalusi sedalamnya cadangan darurat ini dan tidak sewenangnya memperkenannya. PERTAMA ialah sekiranya terdapat cara atau pilihan lain yang boleh dilakukan dahulu sebelum langkah pengisytiharan darurat dibuat memandangkan ianya sepatutnya menjadi pilihan terakhir. Contohnya sekiranya terdapat peruntukan undang-undang lain yang boleh digunapakai atau dikuatkuasa dengan lebih ketat untuk menangani dan mengekang ancaman wabak COVID-19 ini. Seperti Akta 342: Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yan...

KUASA PERDANA MENTERI, KERAJAAN, PARLIMEN DAN MAHKAMAH SEMASA DARURAT (SECARA RINGKAS) -Isham Jalil

Image
KUASA PERDANA MENTERI, KERAJAAN, PARLIMEN DAN MAHKAMAH SEMASA DARURAT (SECARA RINGKAS) Oleh: Isham Jalil Pagi tadi Kabinet telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat. Kali terakhir negara mengisytiharkan darurat adalah selama dua tahun selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehingga 1971, dan sebelum itu selama 12 tahun pada tahun 1948 sehingga 1960 kerana ancaman pengganas komunis. Kali ini darurat diisytihar kerana kemelut politik dan ancaman COVID-19. Pada 30 Mei 2020 yang lalu saya telah menyatakan kebarangkalian pilihan terakhir iaitu darurat akan diisytiharkan oleh kerajaan jika kemelut politik berterusan namun pilihanraya tidak boleh dilaksanakan kerana situasi COVID-19 yang semakin teruk. Dengan pengisytiharan darurat, pilihanraya tidak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini kerana apabila darurat diisytihar, Perlembagaan adalah digantung dan hampir semua kuasa kerajaan diserahkan kepada pihak Eksekutif y...

SENARAI KABINET YANG TULAR HANYA MAINAN POLITIK PIHAK TERTENTU -NOH

Image
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Noh, senarai yang membariskan nama-nama menteri baharu itu adalah tidak benar dan hanyalah mainan politik pihak tertentu. Beliau berkata, dengan keadaan negara berdepan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini, rombakan Kabinet amat tidak bersesuaian untuk dilaksanakan. "Tambahan pula, menteri-menteri yang bertugas sekarang pun baru beberapa bulan berkhidmat dan lebih baik kita utamakan tangani Covid-19 dulu. "Kalau hal berkenaan senarai Kabinet tular ini, saya sudah lali sebab pernah berlaku beberapa kali sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Terdahulu, tular senarai barisan Kabinet baharu kerajaan di media sosial yang turut mengaitkan Noh sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Difahamkan, barisan Kabinet juga akan mengadakan mesyuarat khas Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri pada jam 9.30 pagi esok. Mengulas mengena...

Kalau DAP tak berminat, sila tutup televisyen dan telefon pintar kalian. Mudah -Zahida

Image
Susulan kenyataan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang menggesa Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhenti mengadakan sidang media harian sekiranya tiada pengumuman substantif yang dapat membantu rakyat, Puteri UMNO tampil memberikan respons hari ini. Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, beliau setuju sekiranya sidang media tersebut dihentikan sekiranya ia sekadar propaganda dan fitnah memburukkan pihak lawan seperti yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. "Bagi rakyat di bawah, setiap kemas kini maklumat harian berkenaan perkembangan Covid-19 yang disampaikan oleh Pak Long Mail (Ismail Sabri) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah amat penting. Masa 22 bulan jadi kerajaan, berapa banyak bantu rakyat? Selain 30 ringgit? Kalau DAP tak berminat, sila tutup televisyen dan telefon pintar kalian. Mudah," katanya menerusi hantaran di Facebook Zahida hari ini. Yeoh y...

UMNO TUNDA PERHIMPUNAN AGUNG SEHINGGA MEI/JUN 2021

Image
Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 kerana pandemik Covid-19 Adalah dimaklumlan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan kerana wabak Covid-19. Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO yg dirujuk berbunyi “Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu”.  Fasal 8.2 Perlembagaan ini dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan yang berbunyi “Tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi” Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 & 7 Dis 2019. Maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021. Oleh itu dipersetujui bahawa tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada Mac/April 2021 dan Perhimpunan Agung 2020 pada Mei/awal Jun 2021. Tarikh yang ...

GENCATAN POLITIK : KERAJAAN PERLU LEBIH MENDENGAR KELUHAN RAKYAT.

Image
  Gencatan politik, bukti UMNO 'matang' Keputusan mengadakan gencatan politik berupaya meredakan pertelagahan dan memberikan keyakinan bahawa kerajaan mendengar keluhan rakyat. Media sosial ketika ini sarat dengan sentimen negatif terhadap kerajaan, khususnya berkaitan keghairahan mengejar tampuk kuasa. Bagaimanapun, suara sedemikian tidak mewakili keseluruhan rakyat Malaysia, sebaliknya mungkin wujud dalam kalangan penduduk di bandar dan mereka yang aktif di media sosial. "Segmen masyarakat yang tidak puas hati ini tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, justeru saya percaya orang ramai khususnya Melayu secara keseluruhan masih menyatakan sokongan kepada kerajaan. "Keputusan mengadakan gencatan politik adalah jalan terbaik dan tepat pada masanya kerana ia dapat meredakan ketegangan di peringkat kerajaan, sekali gus tumpuan berupaya diberikan terhadap usaha menangani pandemik COVID-19. "Percaturan yang meredakan suhu politik ini bukan sekadar membabitkan parti po...

Najib Cadangkan Kerajaan Tambah Bantuan Tunai Rm1,000 khusus penerima Bpn Sabah.

Image
Seramai 737,797 rakyat Sabah dari golongan B40 dan M40 telah diluluskan bantuan BPN tahun ini. Pada pendapat saya, ianya tidak keterlaluan untuk kerajaan tambah bantuan tunai RM1,000 khusus bagi penerima BPN Sabah . Saranan saya ada asas dan tidak boleh dikatakan pilih kasih atas sebab-sebab berikut: 1. Sabah paling terkesan dalam gelombang ketiga Covid ini. Lebih 70% kes Covid seluruh negara direkodkan di Sabah. Seluruh Sabah telah diletakkan dalam PKPB. Ada juga beberapa daerah sudah dilaksanakan PKPD yang jauh lebih ketat sejak 3 minggu lalu.  Memandang situasi Covid terkini, besar kemungkinan PKPB dan PKPD akan dilanjutkan lagi.  Jika golongan yang memerlukan tidak diberi lebih bantuan, mereka akan terpaksa melanggar PKP yang dilanjutkan untuk keluar bekerja. Dengan ini, penularan Covid di Sabah tidak akan berhenti dan negara akan terus mencatat jumlah kes Covid yang tinggi. 2. Sektor pelancongan yang merupakan antara sektor utama Sabah sedang hancur dengan sekatan rentas ...

ADAKAH UMNO DAN PN AKAN KEKAL ?

Image
  NAZAK BERLAKON GAGAH Bercakap memang senang, namun realiti perlaksanaan bukanlah sekadar memetik jari semata mata. Duduk di meja rundingan bukanlah untuk saling menunding jari antara satu sama yang lain, tetapi berunding mencari satu titik penyelesaian demi mengatasi pelbagai isu yang sedang membelenggu ramai pihak. Agak pelik juga apabila baru-baru ini dikhabarkan rundingan enam mata telah menemui kegagalan yang berpunca daripada sikap saling menuduh di antara pemimpin UMNO dan PPBM.  Lebih pelik lagi apabila status sebagai seorang pemimpin boleh terpengaruh dengan propaganda daripada pihak musuh yang mereka saling sama menolaknya, walhal umum tahu bahawa tuduhan tersebut hanyalah untuk dijadikan sebagai hujah bagi menunduk dan mendesak pihak UMNO.  UMNO adalah rakan Muafakat Nasional, maka pastinya ramai memahami bahawa mustahil bagi UMNO menyokong Anwar serta mengangkatnya sebagai PM. Bahkan DAP juga sudah membuat kenyataan jelas tidak akan sesekali berkerjasama deng...

UMNO, PAS Setuju Daftar Muafakat Nasional

Image
  UMNO, PAS Setuju Daftar Muafakat Nasional KUALA LUMPUR, 20 Okt – Kepimpinan UMNO dan PAS telah bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Dalam satu kenyataan bersama hari ini kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang. Berikut kenyataan media bersama UMNO dan PAS.

Buang pemimpin UMNO yang sokong pembangkang – Ku Li

Image
  Any UMNO expert who prioritizes the interests of other political parties, can be subject to disciplinary action, including being banished by the party, said Tengku Razaleigh Hamzah, Head of the UMNO Advisory Congregation. The Gua Musang Parliment expert said that this measure could also be imposed on the party's top leadership, if it was true that among those who took such an approach. "For me, as voiced by many UMNO experts at the lower ranks, the attitude appointed by the UMNO leadership was as if he did not respect UMNO's struggle. "You prioritize other party leaders. Why so? So if this is their true attitude, they should take action, so that they may be thrown out of the party if they don't fight for the interests of the party, ”he said when met by Astro AWANI. Tengku Razaleigh said that it was not natural to prioritize the interests of the opposing parties, especially Pakatan Harapan, whereas so far UMNO had firmly disagreed with their basis. He said, at pr...

APA GAME AZMIN DAN HAMZAH?

Image
  Pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik UMNO . Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers PN guna neratif “UMNO gila kuasa” dan “UMNO mahu Anwar jadi PM”.  Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar. Cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow. Portal itu adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah penaja portal itu. UMNO menang 7 PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB yang meninggal dunia. Sebagai parti politik sudah tentu UMNO kena letak calon. Apakah itu gila kuasa? Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya. Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili. Begitu juga PRN Sabah. UMNO bertanding kerana Shafie Afdal yang bubarkan DUN Sabah. UMNO bertanding secara demokratik. Tetapi politiking ...

Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

Image
APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau tidak menguruskannya sebaik mungkin . Pagi tadi tersebar surat yang kononnya dihantar oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Ahli Parlimen Pekan kepada Yang Dipertuan Agong (Agong) yang menyatakan mereka dan sejumlah Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan kepada Muhyiddin. Walaupun ada penafian kebenaran surat tersebut dari Ibu Pejabat UMNO, namun sehingga setakat ini, tiada sebarang penafian jelas daripada Datuk Seri Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Surat tersebut mungkin benar jika diambil kira penafian ibu pejabat UMNO adalah berdasarkan bil surat keluar. Namun mungkin sahaja surat tersebut benar seperti mana dakwaan beberapa sumber dalaman kerajaan. Boleh sahaja Ahmad Zahid dan Mohd Najib menandatangani surat yang tidak melalui fail rasmi parti. Jika Muhyiddin berpendapat surat tersebut benar, maka suda...