ADAKAH UMNO DAN PN AKAN KEKAL ?

 NAZAK BERLAKON GAGAH

Bercakap memang senang, namun realiti perlaksanaan bukanlah sekadar memetik jari semata mata.

Duduk di meja rundingan bukanlah untuk saling menunding jari antara satu sama yang lain, tetapi berunding mencari satu titik penyelesaian demi mengatasi pelbagai isu yang sedang membelenggu ramai pihak.

Agak pelik juga apabila baru-baru ini dikhabarkan rundingan enam mata telah menemui kegagalan yang berpunca daripada sikap saling menuduh di antara pemimpin UMNO dan PPBM. 

Lebih pelik lagi apabila status sebagai seorang pemimpin boleh terpengaruh dengan propaganda daripada pihak musuh yang mereka saling sama menolaknya, walhal umum tahu bahawa tuduhan tersebut hanyalah untuk dijadikan sebagai hujah bagi menunduk dan mendesak pihak UMNO. 

UMNO adalah rakan Muafakat Nasional, maka pastinya ramai memahami bahawa mustahil bagi UMNO menyokong Anwar serta mengangkatnya sebagai PM.

Bahkan DAP juga sudah membuat kenyataan jelas tidak akan sesekali berkerjasama dengan UMNO sebagaimana UMNO menolak DAP. 

Bahkan sekiranya UMNO menyokong Anwar sekalipun, sudah pasti rakan MN iaitu PAS tidak akan menyertainya. Ketika itu adakah UMNO dan PKR mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan? 

UMNO juga tidak mungkin akan menerima Warisan serta Pejuang kerana dalam PRN yang lepas UMNO bertanding menentang Warisan. Maka sekiranya UMNO menerima Warisan, apa faedahnya UMNO sertai PRN Sabah tempoh hari? Sungguh tidak relevan sama sekali apabila PPBM menuding jari terhadap UMNO kononnya menyokong Anwar.

Akar umbi UMNO sememangnya sudah masak dengan mentaliti politik pihak PPBM. Oleh itu, amatlah diharap agar UMNO tetap pertahankan prinsip yang selama ini disokong oleh akar umbi. 

Tiada gunanya UMNO berterusan tolenrasi sekiranya tidak dihargai. Apatah lagi dengan pihak yang tak kenang budi. Tiada faedahnya juga UMNO terus berusaha bertahan atas kepentingan agama dan bangsa andai di pihak sebelah pula mengambil kesempatan manipulasikan prinsip UMNO itu bagai melepaskan anjing yang tersepit. 

Umum juga tahu, PPBM sebenarnya amat terdesak untuk memastikan nyawa politik mereka terus bernafas kerana kerjasama sokongan MN terhadap PPBM hanyalah sehingga PRU15 sahaja. Selepas itu MN akan bertanding di semua kerusi termasuk milik PPBM juga.

Maka dalam keadaan terdesak inilah akar umbi MN boleh menilai segala tindak tanduk politik yang dimainkan oleh PPBM. Bagaikan telunjuk lurus kelingking berkait, kononnya tidak mahu berpolitik kerana mahu menumpukan masalah rakyat dan negara namun mengatur gerakan sulit untuk menghancurkan MN. 

Bermula dengan straregi menolak jemputan menyertai MN atas alasan tidak mahu berpolitik tetapi terburu-buru mendaftarkan PN untuk hadapi PRN Sabah adalah satu strategi halus yang bakal menjadikan akar umbi MN dilema memilih antara PN atau MN. Namun akhirnya strategi PPBM ini gagal dan tidak sempat dijayakan kerana pemimpin UMNO PAS telah sebulat suara bersetuju untuk mendaftarkan MN.

Oleh itu, diharap cukuplah UMNO tumpukan kekuatan MN tanpa pedulikan lagi permintaan palsu daripada PPBM. Lagipun jangka hayat untuk kembali PRU15 bukanlah terlalu jauh sangat. Biarlah pemimpin-pemimpin PPBM teruskan ego mereka masing-masing. 

Lagipun seluruh rakyat bukanlah buta untuk menilai mereka. Isu yang telah dikemukakan oleh UMNO terhadap PPBM untuk segera diselesaikan agar rakyat tahu situasi sebenar tidak dilaksanakan. RCI Tabung Haji serta lain-lain kes dan skandal zaman pentadbiran Pakatan Harapan masih tertangguh. 

Belum lagi isu lantikan-lantikan politik PH yang masih kekal dalam beberapa GLC seperti NAFAS dan yang lain-lain untuk dibahaskan kerana telah menimbulkan seribu kecurigaan dan tanda tanya kepada akar umbi MN. Apakah kewajaran pihak PH masih dikekalkan dalam GLC?

Dengan isu-isu tersebut maka pihak manakah sebenarnya yang harus dicurigai, UMNO atau PPBM?

Sumber :-

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159446397481988&id=840606987

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil