KENYATAAN MEDIA 2 PEGUAM MEMFAILKAN PERMOHONAN MENCELAH DALAM TINDAKAN SAMAN SYED ISKANDAR BIN SYED JAAFAR TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA




KENYATAAN MEDIA 2 PEGUAM MEMFAILKAN PERMOHONAN MENCELAH DALAM TINDAKAN SAMAN SYED ISKANDAR BIN SYED JAAFAR TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA



1. Bertarikh 5 November 2020, satu permohonan untuk mencelah telah difailkan oleh 2 orang peguam yang terdiri daripada Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz dan Malcom Fernandez dalam tindakan Saman Pemula oleh peguam Syed Iskandar bin Syed Jaafar berhubung titah Yang Dipertuan Agong dalam menolak permohonan Perdana Menteri bagi satu pengisytiharan Proklamasi Darurat.

2. Permohonan tersebut yang difailkan melalui Peguambela dan Peguamcara, Tetuan Raja Riza & Associates, antara lain telah memohon untuk dinamakan sebagai Pencelah-Pencelah yang mana mempunyai kepentingan secara langsung terhadap isu-isu perlembagaan yang wujud dalam tindakan ini.

3. Peguam Mohd Khairul Azam berpendapat bahawa Saman Pemula dalam tindakan ini adalah jelas mempersoalkan kuasa YDPA yang termaktub di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Tindakan ini sememangnya berbeza sekali dengan tindakan saman yang difailkan terhadap Lembaga Pengampunan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana hanya telah mempersoalkan nasihat yang diberikan kepada YDPA tanpa menyentuh sebarang kuasa prerogatif YDPA.

4. Oleh demikian, permohonan untuk mencelah ini difailkan adalah bertujuan untuk memperbetulkan masyarakat umum yang telah salah anggap bahawa tindakan saman terhadap pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menyentuh kuasa prerogatif YDPA, sedangkan ianya hanya mempersoalkan keabsahan keanggotaan dan nasihat Lembaga Pengampunan yang telah menasihatkan YDPA.

5. Dalam tindakan ini juga, peguam Malcolm Fernandez turut berpendapat bahawa sebagai warganegara Malaysia dan juga sebagai pengamal undang-undang, adalah penting bagi permohonan untuk mencelah ini difailkan iaitu bagi menyokong titah YDPA yang mana diputuskan berlandaskan prinsip perlembagaan mengikut undang-undang. Turut ingin ditegaskan bahawa YDPA adalah merupakan salah satu tunggak yang merangkumi kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

6. Oleh demikian, barisan kaunsel yang diketuai oleh Haniff Khatri dan juga Datuk M Reza Hassan bagi pihak kedua-dua anakguam, akan berhujah dengan lebih lanjut berhubung isu-isu perlembagaan yang wujud dalam tindakan Saman Pemula tersebut.


*TETUAN RAJA RIZA & ASSOCIATES*

PEGUAMBELA & PEGUAMCARA 

5 NOVEMBER 2020

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=180580810309653&id=100050732042926

Comments

Popular posts from this blog

PERAMUGARI BERPAKAIAN MENJOLOK MATA

Cadangan Najib, Ada Kumpulan Yang HISTERIA -Dr.Aznil