PENDAKWAAN DOUBLE SIDED TAPE
PENDAKWAAN DOUBLE SIDED TAPE
Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin
Semakin lucu dan celaru kerajaan bayangan Perikatan Nasional 2.0 yang diketuai oleh Ismail Sabri pada ketika ini
Terbaru isu berkenaan Azam Baki yang telah membuat pengakuan bahawa akaun trading miliknya telah diuruskan oleh adik beliau sendiri.
Hanya bersandarkan kepada alasan sebegini, maka pihak Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah membuat keputusan sangat berpuas hati dan tidak mengambil apa-apa tindakkan selanjutnya meskipun ramai tahu bahawa semua pegawai awam mesti isytiharkan harta milik mereka termasuk juga pemilikan saham dalam mana mana syarikat.
Manakala seorang pegawai hanya boleh membeli saham dengan tidak boleh melebihi nilai 5% daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa yang mana lebih rendah dalam tiap-tiap satu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
Namun apabila isu panas berkenaan Azam Baki ini diputuskan, kita merasa seolah-olah sedikit pelik dan termanggu seketika kerana apakah selama ini kita telah tersalah faham berkenaan Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tata tertib) 1993 dan juga Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2002 (pemilikan dan pengisytiharan harta).
Seperkara lagi yang juga wujud kepelikkan dalam keputusan tersebut apabila kita cuba membandingkan isu ini dengan isu mantan PM Dato' Sri Najib.
Kedua-duanya memiliki isu hampir sama iaitu Najib dijaga akaunnya oleh Nik Faisal, manakala akaun Azam Baki pula dijaga oleh adik sendiri, namun keputusannya pula amat berbeza.
Jika Azam Baki dikatakan tidak bersalah, maka Najib juga tidak bersalah.
#NegaraMati
Rujukan Fb.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160459663406988&id=840606987
Comments
Post a Comment