Peniaga dicekup bermalam bersama isteri orang



1 Jan 2023

MELAKA: Seorang peniaga burger dicekup berkhalwat bersama rakan niaganya yang masih isteri orang dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2023 di sebuah hotel di Rembia, di sini awal pagi tadi.

Pasangan yang berusia 24 dan 21 tahun itu dicekup pada jam 3.20 pagi selepas gagal mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika bermalam di hotel bajet berkenaan

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit memberi alasan ingin berehat di hotel tersebut sebelum membawa rakan niaganya yang didakwa sebagai calon isterinya itu bertemu ahli keluarga dekat sini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan itu antara 12 individu berusia antara 21 hingga 56 tahun yang dicekup berkhalwat dalam operasi berkenaan.

Kata beliau, kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 53(1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

“Dalam serbuan ini, antara yang dicekup adalah pasangan muda iaitu seorang peniaga burger bersama pembantunya yang mendakwa kononnya mereka dalam proses mendapatkan restu keluarga untuk mendirikan rumah tangga.

“Kita juga menahan sepasang kekasih lagi yang berusia 56 dan 40 tahun yang merupakan suami dan isteri orang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pasangan curang itu juga masing-masing mempunyai lima serta tiga orang anak.

“Lelaki itu merupakan orang tempatan di sini, manakala wanita itu datang dari Sabah dan bermalam selepas menjemput kekasihnya itu yang baru tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur siang tadi.

“Wanita itu mendakwa sebelum ini dia pernah bekerja di sini dan berkenalan dengan lelaki itu yang kini bekerja di sebuah kilang,” katanya.

Tambahnya, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut.

Sumber
https://www.buletintv3.my/jenayah/peniaga-dicekup-bermalam-bersama-isteri-orang/#.Y7EG6I1ILXM.facebook

Comments

Popular posts from this blog

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

NAJIB MENEMPLAK KENYATAAN INDIVIDU MALU MENGAKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.