Posts

Showing posts from February, 2023

NAJIB TAK RAHSIAKAN AKAUN AKAN TERIMA DANA BESAR

Image
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berselindung mengenai pembukaan akaun peribadinya di AmBank yang akan menerima dana dalam jumlah besar, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu. Peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika menyoal balas bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping yang mengendalikan akaun Najib ketika itu, berkata Najib tidak pernah menyembunyikan tujuan akaunnya dibuka pada tahun 2011. Ging Ping yang bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee, berkata Ahli Lembaga Pengarah AmBank mengetahui akaun Najib akan menerima dana dalam jumlah besar. Menurut saksi ke-41 pendakwaan itu, beliau tidak pernah melihat sebarang dokumen yang menyatakan Najib meminta supaya status atau transaksi akaunnya dirahsiakan. Ging Ping berkata demikian ketika memberikan keterangan terhadap Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ...

TIADA DUIT BAYAR GAJI, BERSATU MOHON BATAL PEMBEKUAN AKAUN

Image
  Bersatu akan menulis surat kepada SPRM bagi memohon pembatalan perintah pembekuan akaun banknya. Sekali lagi menafikan menerima sebarang wang daripada dana pakej rangsangan ekonomi bernilai RM92.5 bilion seperti didakwa, Muhyiddin Yassin berkata pembekuan itu akan menjejaskan operasi mereka. “Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik yang penting dan besar ini tak ada duit untuk bayar gaji pentadbiran. “Bukan sahaja untuk sebulan. Sekarang ini mereka kata beku tiga bulan. Pun susah.  “Itu membawa kesan kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara,” kata presiden Bersatu. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata SPRM membekukan akaun bank Bersatu sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lebih lanjut.

BEKU AKAUN BERSATU : KERAJAAN TIDAK CAMPUR TANGAN

Image
  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak langsung campur tangan dalam termasuk dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak. Justeru itu, adalah tidak bertanggungjawab apabila tokoh politik pembangkang membuat tohmahan bahawa kerajaan memberi tekanan kepada badan-badan tersebut untuk mengambil tindakan kepada pembangkang. “Perkara yang berlaku ialah, pertama, ada laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM berkaitan penggunaan wang oleh parti Bersatu. “Kedua, saya jalankan kerja saya di Kementerian Kewangan (MoF) dan lihat projek-projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa melalui tender. Kalau tiada tender dan kos tidak melambung tinggi, itu tidak menjadi isu. “Ia bukan kita menghukum sesiapa. Projek Jana Wibawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan...

SAKSI TERKEJUT JHO LOW NAFI BERBUAL MENGENAI AKAUN NAJIB

Image
Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila mengetahui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau tidak pernah berkomunikasi dengannya mengenai pengurusan akaun bank Datuk Seri Najib Razak. Joanna Yu Ging Ping, 52, yang mengendalikan akaun bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Muhammad Shafee: Jho Low ditunjukkan perbualan BlackBerry Messenger (BBM) oleh SPRM dan dia tidak mengenali (mesej itu) dan berkata beliau tidak pernah bercakap dengan anda. Anda terkejut? Yu: Ya Muhammad Shafee: Dalam keterangan saksinya, Jho Low berkata dia tiada kena-mengena dengan membawa akaun Najib ke bank. Jawab Yu "saya rasa terkejut." Saksi ke-41 pendakwaan yang mengendalikan akaun bank Najib bersetuju dengan peg...