BEKU AKAUN BERSATU : KERAJAAN TIDAK CAMPUR TANGAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak langsung campur tangan dalam termasuk dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.
Justeru itu, adalah tidak bertanggungjawab apabila tokoh politik pembangkang membuat tohmahan bahawa kerajaan memberi tekanan kepada badan-badan tersebut untuk mengambil tindakan kepada pembangkang.
“Perkara yang berlaku ialah, pertama, ada laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM berkaitan penggunaan wang oleh parti Bersatu.
“Kedua, saya jalankan kerja saya di Kementerian Kewangan (MoF) dan lihat projek-projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa melalui tender. Kalau tiada tender dan kos tidak melambung tinggi, itu tidak menjadi isu.
“Ia bukan kita menghukum sesiapa. Projek Jana Wibawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tebatan banjir, kita dapati kos terlalu tinggi. Maka saya dedahkan maklumat dari MOF.
“Apa yang dilakukan SPRM itu bukan tertakluk kepada saya tetapi tertakluk kepada siasatan yang mendapati dalam akaun parti ada lebih RM300 juta. Itu memang harus dijelaskan,” katanya pada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.
Comments
Post a Comment