Posts

JUALAN IKAN MURAH DI SEKINCHAN SETIAP HARI AHAD

Image
Sungai Besar 22 Okt - Program ke 9 Jualan ikan murah harga patut setiap hari ahad di Sekin Resort & Hotel Jalan Pantai Redang Sekinchan hari ini mendapat sambutan yang baik dan juga siri-siri jelajah selangor sebelum ini. Inisiatif Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos ini sedikit sebanyak dapat meringankan dan mengurangkan bebanan rakyat dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang rata-rata di monopoli pemborong-pemborong yang ingin yang menampakan kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin dengan rakyat. Ini akan membuatkan masyarakat/rakyat marah dengan kerajaan. Para pengunjung yang datang ke sini sudah menunggu dari jam 8.00 pagi bagi mendapatkan bekalan ikan murah serendah RM5 sekilo. Mereka sangup menunggu dan beratur hingga jam 9.00 pagi menunggu kaunter jualan ikan di buka. Dalam masa menunggu, ada juga jualan-jualan lain harga patut yang dibuka seawal jam 8.00 pagi iaitu kaunter jualan ayam. Ayam di sini di jual pada kadar ...

Perdana Menteri Lancar Misi Ketiga Negaraku Prihatin

Image
SEPANG, 22 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan misi ketiga 'Negaraku Prihatin, Misi Kemanusiaan untuk Rohingya' yang membawa muatan 56.6 tan makanan dan bantuan bekalan keperluan kepada pelarian-pelarian Rohingya yang sedang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar. Najib yang tiba pada 2.10 petang di MAB Kargo turut beramah mesra dengan kru yang akan terlibat dalam misi selain memerika barangan muatan pesawat kargo diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali serta Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Rudy Malik. Misi yang diselaras oleh iM4U dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk merealisasikan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia. Muatan seberat 56.6 tan itu termasuk biskut, pad sanitari, sabun, tuala, berus gigi, lampin pakai buang, selimut dan beberapa barangan keperluan lain. Pengagi...

PUCUK PIMPINAN PERLU MENDENGAR SUARA AKAR UMBI - JAMAL

Image
Kuala Lumpur 21 Okt - Sudah tiba masanya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mendengar serta menerima pandangan pimpinan di peringkat akar umbi jika mahu merampas kerusi yang tewas dalam dua pilihan raya umum sejak 2008. Demikian kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sambil menyifatkan tindakan meminggirkan suara akar umbi itu sebagai satu pengkhianatan. “Selain kami mendengar amanat Perdana Menteri, pucuk pimpinan juga perlu mendengar suara akar umbi, pendapat dan pandangan dari peringkat bawah perlu diambil kira. “Saya yakin dan percaya jika konsep ini dilakukan, diambil kira dalam PRU14, BN akan mendapat dua pertiga dalam pilihan raya akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Taklimat Pemukiman BN PRU14 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Beliau juga menyambut baik amanat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu semua parti komponen mengutamakan semangat BN berbanding agenda p...

JAMAL BUKA 1 LAGI CAWANGAN MAKAN PERCUMA DI SEKINCHAN

Image
Kuala Lumpur 20 Oktober 2017. Tidak sampai 5 hari pembukaan Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia “Makan Percuma Tengahari Setiap Hari” pada 16 Oktober 2017 yang lalu di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang mendapat sambutan memberangsangkan dari pengunjung-pengunjung yang hadir dari lapisan masyarakat. Hari ini, Pengerusi Gabungan NGO 1 Malaysia, Datuk Sri Jamal Yunos mengumumkan 1 lagi cawangan Makan Percuma Tengah hari Setiap Hari yang diberi nama “Jamuan Rakyat” akan di buka di Sekin Resort & Hotel Jalan Pantai Redang Sekinchan pada 25 Oktober 2017 akan datang. Alhamdulillah, apa yang di buat adalah sedekah dari zakat perniagaan beliau dan sahabat beliau Allahyarham Soleh. Itu adalah amanah dan janji beliau kepada Allahyarham yang patut dipikul. Pengunjung yang hadir semenjak 4 hari restoran di buka hampir mencecah 2,000 ke 3,000 ribu orang sehari. Beliau hanya menyediakan makanan untuk 1,000 orang tetapi bila sambutan yang baik, beliau telah menambah lagi makanan apabil...