JAMAL LANCAR CAWANGAN BARU JAMUAN RAKYAT MAKAN PERCUMA SETIAP HARI DI SEKINCHAN

25 Okt 2017 - Cawangan Baru Jamuan Rakyat Makan percuma setiap hari di lancarkan di Sekin Resort & Hotel Sekinchan hari ini. Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menegaskan, pembukaan restoran makan tengahari percuma di dua tempat di negeri ini tidak mengira sempadan dan fahaman politik. "Sesiapa saja boleh datang nikmati makan percuma...tak kira agama dan bangsa. "Ahli DAP, Pas, PKR dan Amanah boleh datang. Cuma yang tak boleh datang dan makan ialah Myanmar, Indonesia Bangladesh dan warga asing lain," katanya. Jamal berkata, program makan tengah hari percuma yang dilaksanakan di dua tempat setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang itu dilaksanakan dengan sokongan daripada rakan NGO yang lain. Jamal juga mempelawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim untuk datang ke jamuan rakyat menikmati juadah makan tengahari percuma di Sekin Fisherm...