Posts

AZMIN ALI SABOTAJ PAKATAN PEMBANGKANG.

Image
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, didakwa cuba mensabotaj pakatan pembangkang di Selangor. Ia susulan percakaran antara Menteri Besar Selangor itu dengan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) berhubung pembahagian kerusi pembangkang di negeri terbabit bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu, menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya semalam, membidas Mohamed Azmin serta mempersoalkan tindakannya yang menuduh pemimpin PAN sebagai menipu. Dalam ruangan komen status sama, Ronnie turut mendakwa Mohamed Azmin sebagai menipu, selain mengaku menolak Ahli Parlimen Gombak itu sebagai pemimpin pembangkang. "Tolak MB min (Mohamed Azmin) bukan tolak PKR. Tolak PAS bukan tolak Islam. "Tolak MB min kerana dia sabotaj PH (Pakatan Harapan). MB min yang kata Amanah (PAN) menipu. Sebenarnya dia yang menipu," katanya. Kelmarin, Mohamed Azmin membidas PAN dan menuduh parti sekutunya itu tid...

PENGGANGGUR DI DAKWA 588 TUDUHAN SUMBANG MAHRAM.

Image
AMPANG: Seorang penganggur yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 334 pertuduhan sumbang mahram, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan cubaan rogol dan 253 tuduhan sumbang mahram terhadap dua lagi anak saudaranya, yang ketika kejadian hanya berusia enam dan 10 tahun. Tertuduh, yang berusia 46 tahun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. Prosiding itu menjadikan jumlah pertuduhan yang dihadapi tertuduh sebanyak 588 kes. Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa atas 253 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan mangsa yang kini berusia 17 tahun, di flat Datuk Ahmad Razali, di sini, antara Januari 2006 dan Disember 2013. Lelaki itu turut didakwa atas satu pertuduhan cubaan merogol mangsa yang berusia 10 tahun antara Januari dan Disember 2017 Bagi kesemua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376B dan 376B/511 Kanun Keseksaan, yang...

DESAS DESUS TAN SRI SHAHRIZAT BERTANDING DI PARLIMEN SUNGAI BESAR PADA PRU14.

Image
Berhubung desas desus yang mengaitkan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan membuat kemunculan semula dengan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRU14 kali ini, beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO melahirkan penghargaan kerana sering mengaitkan namanya bertanding di beberapa tempat. Beliau membayangkan sedia bertanding di mana-mana kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Walau bagaimanapun Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan segala keputusan berhubung status politik beliau terletak kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskannya. ”Sebenarnya ini bukan urusan saya, segala pertimbangan mengenai kedudukan saya terletak di tangan Pengerusi BN. ”Kita sebagai orang politik mesti bersedia untuk menghadapi segala-galanya, tetapi semua terpulanglah kepada Perdana Menteri,” katanya kepada media hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun baru Cina 2018 kepada 125 warga emas wanita ...

PENGUNJUNG BERATUR PANJANG BAGI MENDAPATKAN JUALAN IKAN MURAH DSJY DI KAMPUNG BARU SUBANG.

Image
03 Feb 2018 Jelajah Jualan Ikan Murah Harga Patut dari jeti hari ini di Perkarangan Pasar Tani U16, Kampung Baru Subang mendapat sambutan yang baik dari pengunjung-pengujung serta warga Kampung Baru Subang Dun Kota Damansara.  Dari jam 7.30 pagi, kebanyakan yang hadir sudah mula panjang beratur bagi mendapatkan bekalan ikan murah ini. Ada juga pengunjung yang datang dari jauh mengambil kesempatan untuk mendapatkan bekalan ikan dengan harga serendah RM5 sekilo yang di bawa khas oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos.  Adun BN Kota Damansara YB Datuk Hajah Halimaton Saadiah Sadon juga turut sama hadir dan beramah mesra melayan pengunjung-pengunjung dan warga Dun Kota Damansara membeli jualan ikan murah. Lain-lain jualan seperti ayam, telor, petai, gerai makanan dan minuman, sayur-sayuran turut serta dalam setiap siri jelajah sehingga hari ini sudah masuk 7 bulan.  Terima kasih buat semua yang senantiasa memberikan sokongan kepa...

KERAJAAN KOMITED UNTUK MEMASTIKAN PROTON PULIH DAN MENEMPA NAMA DI PERSADA DUNIA -PM

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan memulih dan memajukan Proton sehingga menempa nama di persada dunia. Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan Proton dan Bandar Tanjung Malim tidak lenyap, sebaliknya menempa zaman yang lebih cemerlang. Katanya berdasarkan kajian dijalankan oleh pihak kerajaan, masalah yang menimpa syarikat berkenaan adalah disebabkan model ekonomi berpaksikan semangat nasionalisme, bukannya global. "Oleh kerana ada campur tangan politik dalam pentadbiran Proton, kita rasakan kita tidak akan biarkan Proton lenyap tetapi Proton perlukan sokongan dan dokongan kerajaan untuk dipulihkan. "Kerajaan pimpinan saya akan pulihkan semula dan sebab itu, kalau ada orang kata kita tidak tolong, ia merupakan pendustaan. Kita bagi suntikan modal dan insentif," katanya ketika berucap melancarkan Kluster Automotif Nasional @ Proton City di sini, hari ini. Pelan pembangunan kluster berkenaan ...

RATU NAGA BERI KETERANGAN PENYEBARAN VIDEO PALSU WARGA ASING DIBERI KAD PENGENALAN -MCMC

Image
KENYATAAN MEDIA: MCMC BERSAMA POLIS SEDANG TELITI VIDEO PALSU ‘WARGA ASING DIBERI KAD PENGENALAN’ Video palsu warga asing diberi kad pengenalan mula tular kembali di media sosial dan kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato' Dr. Mazlan Ismail memaklumkan, MCMC telah menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti individu-individu yang menyebarkannya dengan bantuan pihak PDRM. Menurutnya, MCMC memandang serius perkara ini dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi seseorang untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau me...

PM SERAH SURAT TAWARAN HAJI KEPADA 1,200 PESERTA PROGRAM KHAS HAJI 1MDB.

Image
2 Jan 2018 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan penyampaian surat tawaran haji kepada 1,200 orang peserta Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Masjid Putra di sini hari ini (Semalam) Jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara. Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2011, program yang memasuki tahun kelapan penganjurannya itu telah menghantar seramai 5,711 orang menunaikan ibadah haji. Menurut Perdana Menteri, Malaysia mampu menghantar jemaah haji dalam jumlah ramai saban tahun kerana hubungan baik yang dimiliki dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta kerajaan Arab Saudi “Program ini bermula dengan 111 orang pada tahun 2011 dan tahun ini telah dapat dipertingkatkan kepada 1,200 orang yang terpilih,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan di Masjid Putra. #MediaAzle...