CERITA POLITIK ATAU FAKTA -NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tindak-tanduk kerajaan hari ini berbeza ketika mereka dalam pembangkang, apabila sudah berkuasa dan memegang jawatan utama seperti Menteri Kewangan atau Perdana Menteri. Menerusi catatan bertajuk Cerita Politik atau Fakta? (Political narrative or facts?) dalam akuan Facebook peribadinya, Najib berkata, dakwaan mengatakan bahawa hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini 65 peratus, iaitu perbezaan ketara dari angka rasmi 50.9 peratus, dan mengatakan bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion tetapi tidak memberikan butir terperinci mengenai apa yang dimaksudkannya, hanya menimbulkan kesukaran dalam pasaran kewangan, agensi penarafan dan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM). "Sepatutnya harus ada perbezaan jelas antara naratif politik dan fakta. Mencampur aduk kedua-duanya akan menimbulkan keraguan mengenai krediliti dan profesionalisme institusi ter...