Posts

CERITA POLITIK ATAU FAKTA -NAJIB RAZAK

Image
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tindak-tanduk kerajaan hari ini berbeza ketika mereka dalam pembangkang, apabila sudah berkuasa dan memegang jawatan utama seperti Menteri Kewangan atau Perdana Menteri. Menerusi catatan bertajuk Cerita Politik atau Fakta? (Political narrative or facts?) dalam akuan Facebook peribadinya, Najib berkata, dakwaan mengatakan bahawa hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini 65 peratus, iaitu perbezaan ketara dari angka rasmi 50.9 peratus, dan mengatakan bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion tetapi tidak memberikan butir terperinci mengenai apa yang dimaksudkannya, hanya menimbulkan kesukaran dalam pasaran kewangan, agensi penarafan dan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM). "Sepatutnya harus ada perbezaan jelas antara naratif politik dan fakta. Mencampur aduk kedua-duanya akan menimbulkan keraguan mengenai krediliti dan profesionalisme institusi ter...

MT UMNO SEBULAT SUARA BERSETUJU JAWATAN PERINGKAT TERTINGGI DIPERTANDINGKAN -ZAHID HAMIDI

Image
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan yang akan dipertandingkan termasuk presiden, timbalan pre­siden, naib-naib presiden dan juga ketua-ketua pergerakan. Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara bersetuju supaya semua ja­watan di pe­ringkat ter­tinggi dipertandingkan bagi memper­kukuhkan lagi parti. “Semua jawatan yang ada mengikut Perlembagaan UMNO, bebas dipertandingkan. Beliau memberitahu, mana-ma­na pemimpin dan ahli yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding, mereka diberi peluang mendaftarkan diri secara dalam talian bermula 1 hingga 17 Jun ini. “Tidak timbul soal bahawa tidak ada pertandingan bagi jawatan-jawatan tertentu dalam UMNO. Saya dan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berlapang dada dan bersifat terbuka mahu jawatan ini ditandingi sesiapa sahaja mengikut kriteria yang ditentukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat bulanan MT UMNO di Menara Dato ...

SEMUA JAWATAN UMNO AKAN DIPERTANDINGKAN -ANNUAR MUSA

Image
22 Mei – Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO akan dipertandingkan serentak di seluruh negara pada 30 Jun ini sebagaimana termaktub dalam peraturan parti itu. Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 191 bahagian akan bersidang dan memilih pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO. “Mereka yang ingin menawar diri untuk bertanding hanya perlu mendaftar secara dalam talian dalam tempoh lebih daripada dua minggu bermula awal Jun ini (bulan depan) “Ini menjadikan UMNO parti yang paling terbuka di dunia dan sesiapa saja dalam kalangan ahli boleh bertanding apa jua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan MT,” katanya menerusi Facebookrasminya, malam tadi. Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pemilihan jawatan bagi semua sayap parti iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita juga diadakan serentak pada 23 Jun ini di seluruh negara. “Sebagai parti pembangkang yang sangat berbeza peranannya kini, sudah ...

FAKE NEWS SEIZES BY POLICE IN 1MDB LINKED RAID BUT TAKEN FROM A SHOPPING WEBSITE.

Image
Many of the viral photos of luxury watches, handbags and cash allegedly seized in connection with the probe involving Datuk Seri Najib Tun Razak are “fake”. A quick Google Image search revealed that there were images of stock photos used. One image showing a tray of six gold Rolex watches had earlier been widely shared on social media site Pinterest, while another image of a luggage filled with stacks of US currency was from a June 2016 robbery in the US. The most widely distributed photo was that of 27 multi-coloured Hermes Birkin handbags laid out neatly on what looks like a living room floor. On Saturday, Singapore-based luxury goods store Shopfirstluxury clarified that the photo was actually taken in its showroom. Real goods, fake news: Shopfirstluxury debunking the claim via Instagram that the picture above was of Rosmah’s confiscated handbags. The boutique says that the picture was taken in its old showroom.     “If anybody receives this broadcast (v...

PEMILIK KEDAI MEWAH TAMPIL NAFI GAMBAR BEG BIRKIN MILIK ROSMAH.

Image
Pemilik kedai mewah tampil nafi gambar beg Birkin milik Rosmah Gambar yang tular di media sosial menunjukkan beg tangan mewah Hermes Birkin yang kononnya dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dikatakan adalah milik Datin Seri Rosmah Mansor adalah palsu. Sebaliknya gambar beg tangan mewah Hermes Birkin yang tular dengan pelbagai warna dan disusun kemas di atas lantai ruang tamu itu adalah gambar yang diambil di dalam premis Shopfirstluxury di Singapura. Melalui Facebook, Sarawak Report telah berkongsi gambar terbabit yang tidak disahkan bahawa adalah milik Datin Rosmah yang dianggarkan bernilai RM20 juta. Sehubungan itu, pemilik premis barangan mewah Shopfirstluxury menjelaskan gambar berkenaan telah diambil di bilik pameran mereka. “Jangan sebarkan gambar ini lagi. Para pelanggan yang mengunjungi saya di bilik pameran lama tahu di mana gambar ini sebenarnya telah diambil. "Dalam era maklumat pantas ini, mari kita menja...

SPRM SAHKAN RM2.6 BILLION YANG DI TERIMA MANTAN PERDANA MENTERI ADALAH SUMBANGAN DARI PENDERMA TIMUR TENGAH.

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri ialah sumbangan dari penderma Timur Tengah. Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: "SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. "SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri." Menurut kenyataan itu, dokumen berkenaan menjelaskan sumbangan RM2.6 bilion itu adalah sebagai derma. Katanya, Datuk Seri Najib Razak akan diminta untuk memberi penjelasan kepada SPRM mengenai derma yang diterima beliau. Dalam kenyataan itu, SPRM menegaskan siasatannya tiada kaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad. Sebaliknya siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malays...

KINI SAYA BOLEH TIDUR LENA-ROSMAH

Image
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor mengakui kini boleh tidur lena, biarpun beberapa rakan berpaling tadah ekoran kekalahan suaminya, Datuk Seri Najib Razak, memimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Rosmah, dalam temu bual khas bersama akhbar Malay Mail semalam, berkata beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya. "Perkara ini normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan. "Saya tidak kisah. Saya OK. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan," katanya. Dalam laporan dikeluarkan Malay Mail, Rosmah berkata fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya, namun berharap kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin. "Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku ...