JAMAL TAWARKAN DIRI BERTANDING JAWATAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dalam pemilihan parti tahun ini. Katanya, tujuan beliau berbuat demikian untuk membina kembali semangat perjuangan ahli Umno selepas kekalahan mengejut Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu. “Saya Jamal Md Yunos menawarkan diri bertanding sebagai calon untuk jawatan ketua Pemuda Umno bagi penggal 2018-2021. “Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. Jamal ialah calon ke-3 merebut jawatan ketua Pemuda Umno ditinggalkan Khairy Jamaluddin, selepas Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.