Posts

Penerangan KWSP Banyak Yang Tak Betul Kata Najib

Image
Banyak yang tak betul dengan penerangan KWSP yang bandingkan pengeluaran KWSP dengan pengeluaran skim persaraan Superannuation atau "Super" negara Australia bagi mereka yang terdesak untuk Covid. 1. Skim "Super" Australia bukan dikendalikan oleh sebuah badan kerajaan seperti KWSP.  Seperti Amerika Syarikat, pencarum Australia kena pilih skim mana dari pilihan berpuluh skim swasta yang mereka mahu mencarum.  Sebab itu, kerajaan Australia tidak boleh lakukan apa yang saya sarankan - iaitu kerajaan Malaysia memberi projek lumayan kepada KWSP dan menukar struktur dividen kepada sistem berperingkat (multi-tier) supaya pencarum yang ada baki simpanan rendah boleh dipulihkan dengan lebih laju. 2. Skim pengeluaran Australia bukan hanya terhad kepada mereka yang sudah hilang kerja seperti diterangkan KWSP. Malah, syarat untuk mengeluarkan duit adalah lebih longgar. Cuma perlu beritahu bahawa pendapatan mereka sudah berkurang 20% akibat Covid. Syarat-syaratnya ada di laman ra...

NAJIB BIDAS PENGUMUMAN TERDESAK KWSP

Image
Kenapa terdesak untuk umumkan sesuatu yang tidak memenuhi keperluan? Kenapa nak teruskan dengan had pengeluaran RM500 sebulan hanya untuk mereka yang kehilangan kerja sahaja jika ianya tidak memenuhi keperluan dan kehendak ramai? Adakah hanya 600,000 warga Malaysia yang hilang kerja perlu dibantu? Bagaimana pula dengan mereka yang tak hilang kerja tetapi pendapatan bulanan mereka turun mendadak sebab OT, elaun, point servis, komisyen dan sebagainya dikurangkan atau gaji asas mereka dipotong majikan?  Ramai pekerja juga terpaksa bersetuju dengan majikan untuk ambil no-pay leave atau half-pay untuk membantu kelangsungan majikan. Mereka tak hilang kerja tapi pendapatan berkurang pada masa komitmen bulanan mereka tetap tinggi. Mengapa pembayaran one off sehingga RM10,000 ini amat diperlukan oleh pencarum dan kenapa ianya perlu diperluaskan kepada mereka yang tidak hilang kerja?  Antara sebabnya, pembayaran one-off ini sebanyak RM10,000 boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang t...

NAJIB AJAR BOSS KWSP KIRA-KIRA

Image
Boss KWSP membuat pengiraan semalam bahawa mereka yang ada simpanan RM10,000 dalam akaun KWSP hanya akan cukup untuk membiayai pendapatan RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun selepas mereka bersara. Lain kata, mereka yang mengeluarkan RM10,000 daripada akaun KWSP hari ini akan kerugian sebanyak RM41 sebulan selepas mereka bersara. Boss KWSP juga kata seramai 43% atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1. Dia kata ini berpunca daripada gaji asas yang rendah sekitar RM550 sebulan sebelum kerajaan melaksanakan gaji minima.(Sebab itu, kerajaan  BN masa saya PM buat gaji mimina walaupun PM4 bantah dan kita sering beri dividen tahunan paling tinggi sejak 20 tahun lalu). Komen saya: 1. Pada saya, kerugian pendapatan RM41 sebulan selepas bersara bagi mereka yang keluarkan RM10k sekarang tak seberapa membantu. Apa yang kita boleh beli dengan RM41 sebulan? Mereka yang ingin keluarkan RM10k sekarang adalah golongan yang faham mereka...

TRANSKRIP PERBAHASAN BELANJAWAN NAJIB RAZAK DI DEWAN RAKYAT.

Image
Facebook Telegram WhatsAp Twit PERBAHASAN BELANJAWAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS DARIPADA : YB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK [PEKAN – UMNO] TARIKH : 10 NOVEMBER 2020 (SELASA) Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Waramatulahi Wabarakatuh. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Kewangan dan Kerajaan Perikatan Nasional atas pembentangan Bajet 2021 yang telah dibentangkan pada minggu lepas. Bajet yang dilihat sebagai bajet yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan dari Barisan Nasional dan dewan yang mulia ini yang memberi peluang kepada saya untuk menyuarakan suara rakyat dan mewakili pendapat, pandangan dan dan mengemukakan cadangan-cadangan khusus ahli-ahli parlimen Barisan Nasional berhubung Bajet 2021. Sepertimana yang telah saya bahaskan semasa Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja pada Julai lepas, negara menghadapi cabaran paling besar sejak 100 tahun y...

DUA FAKTA PENTING BERKENAAN BAJET 2021 DALAM BAHASA MUDAH -ISHAM JALIL

Image
    1.     PINJAM DUIT KWSP UNTUK TAMPUNG KEJATUHAN KUTIPAN CUKAI   Bajet 2021 kerajaan PN adalah sebanyak RM322.5 billion. Ini adalah bajet kerajaan yang terbesar dalam sejarah selepas Bajet 2019 kerajaan PH sebanyak RM314 billion dua tahun lepas. Namun hasil cukai dan ekonomi dijangka merosot tahun ini dan tahun hadapan. Hasil cukai langsung dianggarkan menurun sebanyak RM20 billion daripada RM135 billion tahun lepas kepada RM115 billion tahun ini. Oleh itu perbelanjaan yang besar ini akan ditanggung melalui dua acara: Hutang dan dividen minyak Petronas (hasil bukan cukai). Hutang dan dividen Petronas untuk bajet tahun ini dan tahun depan juga adalah yang terbesar dalam sejarah. Dan apa yang sama berkenaan bajet PN dan bajet PH di atas selain daripada perbelanjaan paling besar, ialah hampir separuh daripada peruntukan perbelanjaan ini adalah bukan dari hasil cukai, namun daripada pinjaman dan hasil bukan cukai iaitu sebanyak RM148 billion (46%). Untuk Baj...

KENYATAAN MEDIA 2 PEGUAM MEMFAILKAN PERMOHONAN MENCELAH DALAM TINDAKAN SAMAN SYED ISKANDAR BIN SYED JAAFAR TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA

Image
KENYATAAN MEDIA 2 PEGUAM MEMFAILKAN PERMOHONAN MENCELAH DALAM TINDAKAN SAMAN SYED ISKANDAR BIN SYED JAAFAR TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA 1. Bertarikh 5 November 2020, satu permohonan untuk mencelah telah difailkan oleh 2 orang peguam yang terdiri daripada Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz dan Malcom Fernandez dalam tindakan Saman Pemula oleh peguam Syed Iskandar bin Syed Jaafar berhubung titah Yang Dipertuan Agong dalam menolak permohonan Perdana Menteri bagi satu pengisytiharan Proklamasi Darurat. 2. Permohonan tersebut yang difailkan melalui Peguambela dan Peguamcara, Tetuan Raja Riza & Associates, antara lain telah memohon untuk dinamakan sebagai Pencelah-Pencelah yang mana mempunyai kepentingan secara langsung terhadap isu-isu perlembagaan yang wujud dalam tindakan ini. 3. Peguam Mohd Khairul Azam berpendapat bahawa Saman Pemula dalam tindakan ini adalah jelas mempersoalkan kuasa YDPA yang termaktub di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Tindakan ini sememangnya berbeza sek...

BAJET SELANGOR 2021 SEPATUTNYA TUMPU KEPADA BANTUAN COVID-19, BUKAN KEPADA PROJEK Oleh: ISHAM JALIL

Image
  Saya telah meneliti Bajet Selangor 2021 bersama ADUN-ADUN BN kelmarin. Setelah menelaah setiap mukasurat ucapan bajet MB Selangor tersebut, apa yang jelas ialah Bajet Selangor 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor pada Jumaat lepas bukanlah Bajet untuk membantu rakyat mengharungi krisis COVID-19. Malah Bajet Selangor 2021 ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan Bajet Selangor seperti tahun lepas dari segi jumlah perbelanjaan, kutipan cukai dan apa yang dibelanjakan dengan hanya sedikit perubahan. Dalam Bajet ini, tidak ada banyak (atau tiada langsung) dibincang tentang bantuan rakyat dalam menghadapi kesempitan hidup semasa krisis COVID-19 ini. Ia seolah Bajet 2021 Selangor ini dibuat secara malas oleh MB Selangor yang hanya "cut-and-paste" dan ubah sedikit dari tahun lalu tanpa mengambil kira situasi pada tahun ini dan tahun hadapan yang berbeza iaitu dengan masalah ekonomi rakyat akibat krisis COVID-19. ........ Tahun lepas kerajaan negeri telah memperuntu...