NAJIB TAK RAHSIAKAN AKAUN AKAN TERIMA DANA BESAR

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berselindung mengenai pembukaan akaun peribadinya di AmBank yang akan menerima dana dalam jumlah besar, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu. Peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika menyoal balas bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping yang mengendalikan akaun Najib ketika itu, berkata Najib tidak pernah menyembunyikan tujuan akaunnya dibuka pada tahun 2011. Ging Ping yang bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee, berkata Ahli Lembaga Pengarah AmBank mengetahui akaun Najib akan menerima dana dalam jumlah besar. Menurut saksi ke-41 pendakwaan itu, beliau tidak pernah melihat sebarang dokumen yang menyatakan Najib meminta supaya status atau transaksi akaunnya dirahsiakan. Ging Ping berkata demikian ketika memberikan keterangan terhadap Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ...