Jamal Jemput Ahli UMNO Pau2017 Makan Percuma

Kuala Lumpur 29 Nov -Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Sei Jamal Yunos menjemput ahli UMNO yang akan hadir di Perhimpunan Agung UMNO 2017 #PAU2017 pada 04hb - 09hb Disember 2017 ini untuk singgah di Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia, Restoran Jamuan Rakyat untuk 'Makan Percuma' melalui 4 sesi. Berikut adalah waktu sesi pembukaan yang telah ditetapkan: - Sarapan Pagi (7 Pagi - 10.30 Pagi) - Makan Tengahari (12 Tengahari - 3 Petang) - Makan Petang (4 Petang - 6 Petang) - Makan Malam (8 Malam - 11 Malam) Menurut Jamal, Beliau bersedia untuk menyediakan juadah sehingga 12 000 orang tetamu pada setiap waktu. " Walaupun perwakilan sudah disediakan juadah makanan, namun kepada pemerhati dan juga ahli-ahli Umno yang berkesempatan bolehlah hadir ke restoran ini pada waktu yang telah dinyatakan," kata Jamal. " Jangan lepaskan peluang ini, jika berkesempatan datang dan singgahlah di restoran kami," kata Jamal