Posts

3000 HADIR KE JUALAN IKAN MURAH DI JLN PAHANG KLUMPUR.

Image
Program Jualan Ikan Harga Patut anjuran Gabungan NGO Malaysia dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Jalan Pahang, di sini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung. Bermula pada pukul 9 pagi, rata-rata pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat mula membanjiri Medan Letak Kereta Restoren Gabungan NGO 1 Malaysia untuk membeli empat jenis ikan ‘rakyat’ dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran. Seorang daripada pembeli, Saidin Bahri, 61, berkata, dia mula beratur pada pukul 8 pagi untuk membeli ikan kembung, ikan cencaru dan ikan sardin dengan harga cuma RM5 sekilo. “Harga yang ditawarkan memang sangat murah dan membantu golongan yang berpendapatan sederhana di bandar berjimat. “Inisiatif yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal Md. Yunos ini sangat membantu masyarakat setempat dan saya berharap ia diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di progran itu, di sini, hari ini. Program itu...

NAZIFFUDDIN KESAL TUN M SANGUP MEMBELAKANGKAN PRINSIP SEHINGGA SANGUP BERSEKONGKOL DENGAN DAP..

Image
Nazifuddin Najib Tun Razak dalam catatan di laman ‘Facebook’nya, secara peribadi merasa amat kesal kerana Tun Mahathir sanggup membelakangkan segala prinsip dan pencapaian yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi PM dan juga sebagai Presiden UMNO. Generasi ketiga legasi Perdana Menteri (PM) Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak menyatakan kekecewaan atas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sanggup bersekongkol dengan parti Dap untuk menjatuhkan PM Datuk Seri Najib Tun Razak “Tun Mahathir dilihat sekarang sehingga sanggup bersekongkol dengan Dap semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. “Realitinya sekarang, Tun Mahathir sanggup menggadai maruah untuk menjadi calon PM pakatan pembangkang yang didominasi oleh Dap,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr. Siti Hasmah yang disiarkan dalam portal MalaysiaKini pada hari Rabu 17 Januari 2018 dengan tajuk berita “Siti Hasmah speaks fondly of Najib’s father” menerusi temu bual yang disia...

PASTIKAN JANJI IKRAR SETIAP SAHABAT PUTERI -PM

Image
20 Jan 2018. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat ternyata tidak boleh menaruh harapan kepada pembangkang untuk memimpin negara memandangkan mereka sendiri tidak senang antara satu sama lain. Pastikan janji dan ikrar dalam hati sanubari setiap sahabat Puteri @barisanasional Azalea 2018 yang berhimpun, bekerja bersungguh-sungguh untuk BN menang besar dalam PRU-14! Beliau berkata, ia berbeza dengan BN yang sudah mempunyai rekod cemerlang dalam mentadbir negara. "Kita sudah bina negara yang aman dan stabil, bawa banyak kemajuan dan transformasi, jaga keselamatan negara dan tiada ancaman kepada rakyat. "Kita ada agenda (dan) perancangan, kita telah laksanakan dan akan terus melaksanakannya," katanya dalam ucapan perasmian Sahabat Puteri Barisan Nasional atau Azalea 2018 di Kuala Lumpur, hari ini. "Itu dia beza kita dengan pembangkang, mereka untested politician (tidak teruji), mereka sebenarnya tak senang hati dan curiga antara sa...

PM INGATKAN RAKYAT JANGAN BERSIKAP AMBIL MUDAH-TERUS MENYOKONG BARISAN NASIONAL.

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat negara ini bahawa mereka tidak seharusnya bersikap mengambil mudah dengan suasana negara aman serta politik stabil yang dikecapi hari ini sehingga sewenang-wenang ingin menukar kerajaan. "Kita tidak boleh 'take for granted' (ambil mudah) hal keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan. "Kita tidak boleh 'take for granted' (ambil mudah) hal keamanan ini. Dulu bila kita berdepan dengan ancaman komunis, bila kita nakkan kemerdekaan kita tahu nilai kemerdekaan dan keamanan. “Tetapi bila negara sudah aman, harmoni selama ini, kadang-kadang kita lupa, kita ambil mudah. Ada kala kita merasakan bahawa tak susah, kita boleh tukar kerajaan, tak ada masalah, katanya yang dipetik Bernama ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk Nabawan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Pekan Nabawan, Pensiangan h...

Masyarakat Siam Tidak Percaya Kepimpinan Bekas PM

Image
20 Jan 2018 Hampir 100,000 masyarakat Siam seluruh negara menolak kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sebagaimana diumumkan pembangkang. Pemimpin Masyakat Siam, Datuk Seri Boon Som Inong berkata hasil tinjauan mendapati masyarakat Siam di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak tidak menafikan sumbangan veteran politik itu namun kini beliau dilihat sekadar ikon yang tidak lagi relevan menjadi pemimpin. #MediaAzleeKlang

BN SELANGOR KECEWA DENGAN SPR YANG TUNDUK DENGAN KEMAHUAN KERAJAAN NEGERI.

Image
20 Jan 2018. Barisan Nasional Selangor melahirkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) yang dilihat seolah-olah tunduk kepada kemahuan kerajaan negeri dalam pameran persempadanan semula buat kali kedua yang diadakan di negeri itu. Ujar Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, BN Selangor juga merasakan cadangan persempadanan semula negeri syor pertama lebih adil kerana kajian yang telah dibuat lebih mendalam. Beliau bercakap pada sidang media yang diadakan di bangunan UMNO Selangor, malam tadi. Syor terhadap bantahan turut dipersetujui sebulat suara parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan pada mesyuarat yang diadakan Rabu lalu.  Hasil daripada perbincangan dengan pimpinan BN, masing-masing bersetuju dan mendapati hanya enam Parlimen sahaja yang terlibat mengikut cadangan syor persempadanan pertama. Enam Parlimen terbabit ialah kawasan Parlimen Tanjung Karang,  Kuala Selangor, Gombak,  Ampang, Kua...

PM INGATKAN PEMIMPIN BN BERJUANG SEHINGGA DETIK AKHIR

Image
KOTA KINABALU, 18 Jan 2018 : YAB PM Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) terus bekerja dan jangan berhenti berjuang sehinggalah detik berakhir tempoh mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, pada ketika PRU-14 akan diadakan pada bila-bila masa, setiap pemimpin BN perlu bersedia seolah-olah Parlimen akan dibubarkan pada esok hari. "Kalau masih ada lagi ruang atau penugasan yang mungkin belum dilakukan sepenuhnya (menghadapi PRU-14), maka saya harap dalam masa yang masih berbaki ini semua pihak bekerja dengan komprehensif, menyeluruh, tertib dan bersungguh-sungguh. "Dalam masa sama kita mesti melihat bagaimana kerja kita dapat ditingkatkan lagi, salah satu faktor kemenangan ialah kewibawaan jentera kita, pembangkang tak sekuat BN kalau diukur dari segi jentera, kita ada asas kekuatan di setiap bahagian dan Parlimen. "Apa yang penting asas itu kira cari lagi, kalau kita b...