Posts

HARTA RAMPASAN ITU HADIAH, NILAI BARANGAN SUBJEKTIF DAN TIDAK REALISTIK- NAJIB

Image
Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik. Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun. Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi. "Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah. "Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut. "Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancar...

JAMAL YUNOS CALON NO.6 KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Image
NO. CALON : 06 CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA. Terima Kasih Sokongan sahabat UMNO #DSJY4KPUM PEMILIHAN UMNO 2018 1. Berbekalkan semangat kepimpinan dan kebijaksanaan, saya dengan penuh rasa yakin nekad untuk memimpin barisan tertinggi jentera pemuda UMNO yakni Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 2. Keputusan saya ini mempunyai kekuatan dan alasan yang kukuh untuk mengembalikan semangat perjuangan pemuda UMNO bagi memastikan jentera ini lebih bertenaga dari generasi ke generasi akan datang. 3. Pemuda masa kini harus dibentuk dengan didikan yang lebih berani, berprinsip dan berdisiplin dan tidak melupakan asas perjuangan nenek moyang kita dalam UMNO sejak dahulu lagi. 4. Memandangkan pertandingan ini adalah secara terbuka, memilih untuk menjadi calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini bukanlah satu niat untuk menyangkal lawan bagi jawatan yang sama mahupun yang lebih berpengalaman, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tertentu. 5. Saya berikrar untuk m...

UMNO KESAL PERUTUSAN AIDILFITRI PM BERBAUR POLITIK KEBENCIAN

Image
KENYATAAN MEDIA 1. UMNO kesal dengan perutusan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berbaur politik dan cuba menghasut rakyat agar membenci Barisan Nasional serta UMNO. 2. Berbanding dengan perutusan khas titah Yang Dipertuan Agong yang menyentuh peri pentingnya institusi diraja dipertahankan, Dr Mahathir masih mempertahankan pembohongan Kabinetnya mengenai hutang negara dan bencinya kepada kerajaan terdahulu. 3. Seolah-olah beliau seorang yang suci umpama wali Allah, beliau menyebut kemurniaan Aidilfitri serta ajaran Allah tetapi beliau sendiri membangkitkan rasa benci melulu terhadap BN dan UMNO. 4. UMNO terkilan dengan sifat sedemikian. Perutusan itu sepatutnya digunakan untuk perpaduan nasional, saling bermaaf-maafan dan nada kegembiraan. 5. Bagaimanapun Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk menyalahkan kerajaan silam dan memuji Kerajaan PH yang baru lebih sebulan berkuasa ini sebagai 'perfect' atau sempurna dan t...

Segala ujian yang dilalui saya sekeluarga, dijadikan teladan untuk kami amati -Najib Razak

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Rakyat Malaysia yang dikasihi Semasa kita sedang meraikan lebaran Aidilfitri ini dengan kemeriahan, Ramadan bulan ujian baru sahaja meninggalkan kita. Ramadan kali ini tentu sekali berbeza dengan Ramadan terdahulu bagi saya memandangkan saya dan rakan-rakan seperjuangan tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan. Ramadan ini, segala ujian yang dilalui saya sekeluarga, dijadikan teladan untuk kami amati kerana hikmah dari ujian-ujian ini telah memberi ruang untuk saya lebih banyak beribadat dan bermuhasabah diri di kesempatan bulan penuh keberkatan ini. Pada penghujung Ramadan tahun lepas, saya ada menulis tentang bagaimana umat Islam sejagat harus menjaga hubungan sesama umat dan hanya mereka yang berjiwa besar sahaja yang akan menyeru ke arah persefahaman. Meskipun saya kini bukan lagi Perdana Menteri Malaysia, saya tetap mahukan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa perlu kita sentiasa bersangka buruk ses...

JAMAL MOHON PENANGUHAN MENGOSONGAN RESTORAN MAKAN PERCUMA JALAN PAHANG.

Image
Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon agar penangguhan pengosongan serta merta tapak premis Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia Jalan Pahang Kuala Lumpur seperti Notis pemberitahuan yang berkuatkuasa 18 Jun ini di tangguhkan. Menurut Jamal tarikh dari notis yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tidak kena pada masa dan terlalu singkat untuk mengosongkan tapak restoran itu. “Penangguhan tersebut atas dasar memberi ruang dan masa untuk pihak kami melakukan proses mencari lokasi baharu untuk pemindahan barang serta peralatan di Restoran Jalan Pahang kini. Selain itu juga, para petugas di Restoran Jalan Pahang telah pun mula bercuti untuk menyambut Hari Raya yang dijangka pada Jumaat ini. Jamal berkata, operasi restoran itu dalam menyajikan makan tengahari percuma kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa mahupun idealogi politik tidak sesekali mengaut sebarang keuntungan malah hanya bertujuan membantu rakyat. Restoran Jalan Pahang dib...

TIADA BUKTI KUKUH MENUDUH SAYA -NAJIB

Image
Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah. Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat. Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh. Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya. Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan? Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ...

SULTAN SELANGOR DUKACITA ADA PIHAK PELEKEH INSTITUSI RAJA

Image
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh Institusi Raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-Raja Melayu. Titah baginda, paling mendukacitakan apabila hasutan supaya membenci Raja-Raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri. Titah baginda lagi, peranan Institusi Raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum lain di negara ini. Penularan budaya itu dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut supaya membenci Raja-Raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis. Tegas Sultan Sharafuddin, Institusi Raja berperanan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini malah sentiasa mendukung prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Baginda mahu semua umat Islam berbaik sangka, bersatu...