Posts

MUHYIDDIN BOLEH BUAT TAWARAN KEPADA UMNO, BUKAN SURUH UMNO TULIS SURAT PERMOHONAN

Image
MUHYIDDIN BOLEH BUAT TAWARAN KEPADA UMNO, BUKAN SURUH UMNO TULIS SURAT PERMOHONAN Oleh: ISHAM JALIL Saya telah dimaklumkan bahawa petang tadi PPBM telah meminta UMNO untuk menulis surat kepada Presiden PPBM merangkap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon apa-apa tuntutan. Pada pandangan saya, arahan seperti ini adalah tidak membantu. Jika PPBM serius mahu bekerjasama dengan UMNO, sebagai Perdana Menteri yang memegang kuasa dan memerlukan sokongan gabungan parti-parti politik untuk kekal berkuasa, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin boleh membentangkan tawaran yang adil kepada UMNO atau parti-parti politik lain untuk dipertimbangkan oleh Presiden UMNO, Majlis Tertinggi UMNO, mahupun pemimpin parti-parti politik lain. Dan sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin lebih mengetahui perkara-perkara yang boleh ditawarkan olehnya di bawah bidang kuasanya. PPBM tidak perlu menyuruh UMNO untuk menulis surat rasmi kepada PPBM atau kepada Perdana Menteri bagi menyatakan apa-apa perm...

UMNO kini digelar gila kuasa pulak? Ini Penjelasan Najib

Image
UMNO kini digelar gila kuasa pulak? Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan UMNO semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat. Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri. Sememangnya pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan yang tidak mengambil kira suara akar umbi. Jika akar umbi tak mahu, pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan. Walaupun saya bukan lagi ahli Biro Politik UMNO atau ketua perhubungan mana-mana negeri (dan tidak hadir mesyuarat tersebut), saya ingin memberi pendapat saya. Semasa PM7 letak jawatan secara mengejut, pendirian UMNO masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu. Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN. Di sebalik kegembiraan bahawa kerajaan PH sudah tumbang, ramai penyokong dan akar umbi UMNO masa itu juga membantah kit...

MUHYIDDIN TIDAK MENGHARGAI ZAHID

Image
MUHYIDDIN TIDAK MENGHARGAI ZAHID Kes mahkamah ZAHID disambung semula hari ini di Mahkamah Tinggi KL. Sesiapa yang mengikuti kes ini dengan senang hati akan dapat membezakan fakta bahawa pasukan pendakwaan kalah sementara pihak pembelaan semakin kuat sebagai saksi setelah saksi memberikan keterangan memihak kepadanya. Yang menarik perhatian penulis ialah ketika mahkamah membenarkan pihak pendakwaan mencari bukti-bukti baharu dan membiarkan perbicaraan berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga Mac tahun depan, saksi utama dalam perbicaraan telah mengakui beberapa 'kesalahan' dalam mengeluarkan cek yang kononnya tidak ditandatangani oleh Presiden UMNO. Penulis tidak mahu banyak mengatakannya kerana  menganggapnya cukup nakal, hanya untuk memerhatikan bagaimana beberapa pihak menganiaya Zahid dan menginginkannya keluar dari kancah politik tempatan.  Seseorang mungkin telah mengaturnya. Ini jelas. Sekiranya tidak, seseorang yang berkuasa MUTLAK boleh sahaja dengan mudah memberi nasih...

PENGGABUNGAN UEM SUNRISE DAN ECOWORLD JALAN TERBAIK DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL.

Image
PENGGABUNGAN UEM SUNRISE DAN ECOWORLD JALAN TERBAIK DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL. Usaha penggabungan UEM Sunrise Bhd dengan Ecoworld Development Bhd. telah mendapat perhatian tentangan daripada sesetengah pihak yang melihat usaha penggabungan ini bersifat sia-sia dan hanya bertujuan menjamin syarikat tersebut daripada masalah kewangan. Tetapi menurut sumber, usaha penggabungan ini sebenarnya mendedahkan kedudukan kewangan UEM Sunrise. Lain dicari, lain yang dijumpai. Ketika ini, hutang UEM Sunrise kini mencecah RM3.39 bilion. Ini sekaligus meletakkan kedudukan kewangan syarikat dalam keadaan genting. Pendapatan suku kedua UEM Sunrise tahun ini turut mencatat kerugian sebanyak RM93.36 juta berbanding keuntungan sebanyak RM40.36 juta untuk suku sama 2019. Jika dibandingkan jumlah nisbah penggearan, nisbah penggearan UEM Sunrise ialah 0.48 berbanding 0.66 untuk Ecoworld. Ini memperlihatkan kedudukan kewangan Ecoworld tidaklah buruk seperti yang dijaja sesetengah pihak. Ini memandangkan syar...

UMNO WAJAR TANDINGI SEMUA KERUSI ‘KATAK’ PADA PRU15 BUKAN HANYA MERSING

Image
Presiden Umno Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerusi parlimen Mersing akan kekal di tangan Umno pada Pru15. Beliau Presiden Umno Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerusi parlimen Mersing akan kekal di tangan Umno pada Pru15. Beliau menaikmuat kapsyen berkenaan dalam satu ciapan di twitter. Kenyataan Zahid dilihat sebagai membalas kenyataan seorang Menteri yang menyatakan Umno sudah tidak laku ketika bersiaran langsung dalam satu program. Menteri berkenaan telah memohon maaf dan menyifatkan kenyataan beliau disalah tafsir namun sudah terlewat. Rata-rata ahli Umno nyata berang dengan kenyataan Menteri kerana beliau memenangi kerusi Mersing menggunakan platform Umno dan lambang Barisan Nasional dan bertindak melompat parti selepas memenangi kerusi tersebut. Kecaman demi kecaman dizahirkan terhadap Menteri berkenaan dan mengejutkan sekali apabila sisi sebenar cara dan layanan politik Menteri tersebut turut terdedah. Sebelum itu Najib Razak turut mengecam kenyataan Menteri ber...

HARTA RAMPASAN ITU HADIAH, NILAI BARANGAN SUBJEKTIF DAN TIDAK REALISTIK- NAJIB

Image
Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik. Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun. Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi. "Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah. "Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut. "Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancar...

JAMAL YUNOS CALON NO.6 KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Image
NO. CALON : 06 CALON KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA. Terima Kasih Sokongan sahabat UMNO #DSJY4KPUM PEMILIHAN UMNO 2018 1. Berbekalkan semangat kepimpinan dan kebijaksanaan, saya dengan penuh rasa yakin nekad untuk memimpin barisan tertinggi jentera pemuda UMNO yakni Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 2. Keputusan saya ini mempunyai kekuatan dan alasan yang kukuh untuk mengembalikan semangat perjuangan pemuda UMNO bagi memastikan jentera ini lebih bertenaga dari generasi ke generasi akan datang. 3. Pemuda masa kini harus dibentuk dengan didikan yang lebih berani, berprinsip dan berdisiplin dan tidak melupakan asas perjuangan nenek moyang kita dalam UMNO sejak dahulu lagi. 4. Memandangkan pertandingan ini adalah secara terbuka, memilih untuk menjadi calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini bukanlah satu niat untuk menyangkal lawan bagi jawatan yang sama mahupun yang lebih berpengalaman, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tertentu. 5. Saya berikrar untuk m...