MUHYIDDIN DAN MAHATHIR PUNCA KEWANGAN NEGARA TENAT- ISHAM JALIL
MUHYIDDIN DAN MAHATHIR PUNCA KEWANGAN NEGARA TENAT KEADAAN EKONOMI NEGARA SELEPAS 39 BULAN MAHATHIR, PH, DAN MUHYIDDIN (2018 – 2022) (Ucapan Isham Jalil di sesi Townhall bersama NGO dan wakil masyarakat Cina, 21 Februari 2022) https://youtu.be/2Z_CsBdvb4M PH (2018 -2020): KERAJAAN GAGAL 1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) pada tahun 2018 di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) pada tahun 2017 di bawah BN. 2. Jumlah pinjaman domestik dan asing oleh kerajaan PH untuk 3 bulan pertama tahun 2019 adalah RM36.4 bilion, jauh lebih tinggi berbanding zaman BN untuk tempoh sama (2017: RM12.9 bilion, 2016: RM11.1 bilion). 3. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan PH hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab. 4. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. 5. Nilai Ringgit merosot...