JANGAN ADA YANG MERAJUK DAN KHIANAT PARTI PADA PRU 14 -NAJIB

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua ahli parti komponen BN termasuk Umno agar jangan merajuk dan mengkhianati parti pada pilihan raya umum. Perdana menteri turut mengingatkan mereka agar terus bekerja keras bagi mendapatkan mandat daripada rakyat. “Jangan ada orang yang merajuk. Jangan mengkhianati parti kita. Kita mesti pandang ke hadapan. Kita tahu bahawa ‘survival’ kita, walau marah macam mana pun, kalau tak suka perdana menteri pun tak apa, tetapi jangan runtuhkan parti kesayangan kita. Selagi ada parti, kita boleh meneruskan perjuangan. “Parti ini parti keramat yang banyak berjasa termasuk kepada perdana menteri 22 tahun itu. Dia tak kuat, saya pun tak kuat. Dia jadi kuat sebab Umno. Dia tidak boleh khianat pada Umno sepatutnya. Jasa Umno terlalu banyak kepada dia dan anak-anaknya. “Ini kerana perjuangan Umno dan BN yang mempertahankan dia selama ini…Ini dia sanggup nak jatuh, bunuh dan runtuh parti yang banyak berjasa...