Posts

NAJIB TAK RAHSIAKAN AKAUN AKAN TERIMA DANA BESAR

Image
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berselindung mengenai pembukaan akaun peribadinya di AmBank yang akan menerima dana dalam jumlah besar, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu. Peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika menyoal balas bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping yang mengendalikan akaun Najib ketika itu, berkata Najib tidak pernah menyembunyikan tujuan akaunnya dibuka pada tahun 2011. Ging Ping yang bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee, berkata Ahli Lembaga Pengarah AmBank mengetahui akaun Najib akan menerima dana dalam jumlah besar. Menurut saksi ke-41 pendakwaan itu, beliau tidak pernah melihat sebarang dokumen yang menyatakan Najib meminta supaya status atau transaksi akaunnya dirahsiakan. Ging Ping berkata demikian ketika memberikan keterangan terhadap Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ...

TIADA DUIT BAYAR GAJI, BERSATU MOHON BATAL PEMBEKUAN AKAUN

Image
  Bersatu akan menulis surat kepada SPRM bagi memohon pembatalan perintah pembekuan akaun banknya. Sekali lagi menafikan menerima sebarang wang daripada dana pakej rangsangan ekonomi bernilai RM92.5 bilion seperti didakwa, Muhyiddin Yassin berkata pembekuan itu akan menjejaskan operasi mereka. “Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik yang penting dan besar ini tak ada duit untuk bayar gaji pentadbiran. “Bukan sahaja untuk sebulan. Sekarang ini mereka kata beku tiga bulan. Pun susah.  “Itu membawa kesan kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara,” kata presiden Bersatu. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata SPRM membekukan akaun bank Bersatu sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lebih lanjut.

BEKU AKAUN BERSATU : KERAJAAN TIDAK CAMPUR TANGAN

Image
  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak langsung campur tangan dalam termasuk dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Badan siasatan, penguatkuasaan dan badan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak. Justeru itu, adalah tidak bertanggungjawab apabila tokoh politik pembangkang membuat tohmahan bahawa kerajaan memberi tekanan kepada badan-badan tersebut untuk mengambil tindakan kepada pembangkang. “Perkara yang berlaku ialah, pertama, ada laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM berkaitan penggunaan wang oleh parti Bersatu. “Kedua, saya jalankan kerja saya di Kementerian Kewangan (MoF) dan lihat projek-projek yang menelan belanja terlalu tinggi tanpa melalui tender. Kalau tiada tender dan kos tidak melambung tinggi, itu tidak menjadi isu. “Ia bukan kita menghukum sesiapa. Projek Jana Wibawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan...

SAKSI TERKEJUT JHO LOW NAFI BERBUAL MENGENAI AKAUN NAJIB

Image
Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila mengetahui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau tidak pernah berkomunikasi dengannya mengenai pengurusan akaun bank Datuk Seri Najib Razak. Joanna Yu Ging Ping, 52, yang mengendalikan akaun bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Muhammad Shafee: Jho Low ditunjukkan perbualan BlackBerry Messenger (BBM) oleh SPRM dan dia tidak mengenali (mesej itu) dan berkata beliau tidak pernah bercakap dengan anda. Anda terkejut? Yu: Ya Muhammad Shafee: Dalam keterangan saksinya, Jho Low berkata dia tiada kena-mengena dengan membawa akaun Najib ke bank. Jawab Yu "saya rasa terkejut." Saksi ke-41 pendakwaan yang mengendalikan akaun bank Najib bersetuju dengan peg...

Jakel Cawangan Shah Alam TERBAKAR.

Image
1 Jan 2023 SHAH ALAM: Syarikat tekstil terkemuka, Jakel dianggarkan mengalami kerugian hampir RM100 juta selepas bangunan wisma di Seksyen 7 dekat sini, terbakar dalam kejadian pagi tadi. Jumlah itu bagaimanapun hanya membabitkan nilai bangunan, manakala jumlah sebenar masih belum dapat dianggarkan. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata cawangan berkenaan membawa keuntungan kepada syarikat sekitar RM300 juta setahun. Katanya, insiden kebakaran itu berlaku sekitar jam 7 hingga 7.15 pagi tadi yang mana beliau dimaklumkan oleh adiknya yang juga pengurus Jakel cawangan terbabit. “Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat. “Api dipercayai bermula daripada bahagian pakaian lelaki di tingkat satu, bagaimanapun punca sebenar masih belum diketahui. “Ini kerugian besar kepada syarikat bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Allah ini dan saya yakin ada hikmah serta yakin Allah akan ganti dengan ...

Pasangan remaja ditahan, disyaki khalwat di hotel bajet.

Image
1 Jan 2023 KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat bersama pasangannya berumur 18 tahun ditahan kerana disyaki berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel bajet, awal pagi tadi. Mereka ditahan kira-kira jam 4 pagi dalam Operasi Ambang 2023 dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, berkata pasangan berkenaan memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baharu 2023. “Hasil pemeriksaan ketika operasi mendapati mereka disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan mencurigakan. “Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan hukum syarak. “Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya, di sini, hari ini. Dala...

Peniaga dicekup bermalam bersama isteri orang

Image
1 Jan 2023 MELAKA: Seorang peniaga burger dicekup berkhalwat bersama rakan niaganya yang masih isteri orang dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Operasi Ambang Tahun Baharu 2023 di sebuah hotel di Rembia, di sini awal pagi tadi. Pasangan yang berusia 24 dan 21 tahun itu dicekup pada jam 3.20 pagi selepas gagal mengemukakan dokumen pengesahan perkahwinan ketika bermalam di hotel bajet berkenaan Ketika disoal siasat, lelaki terbabit memberi alasan ingin berehat di hotel tersebut sebelum membawa rakan niaganya yang didakwa sebagai calon isterinya itu bertemu ahli keluarga dekat sini. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan itu antara 12 individu berusia antara 21 hingga 56 tahun yang dicekup berkhalwat dalam operasi berkenaan. Kata beliau, kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 53(1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. “Dalam serbuan ini, antara yang dicekup adalah pasangan muda iaitu s...

MUHYIDDIN DAN MAHATHIR PUNCA KEWANGAN NEGARA TENAT- ISHAM JALIL

Image
MUHYIDDIN DAN MAHATHIR PUNCA KEWANGAN NEGARA TENAT KEADAAN EKONOMI NEGARA SELEPAS 39 BULAN MAHATHIR, PH, DAN MUHYIDDIN (2018 – 2022) (Ucapan Isham Jalil di sesi Townhall bersama NGO dan wakil masyarakat Cina, 21 Februari 2022) https://youtu.be/2Z_CsBdvb4M PH (2018 -2020): KERAJAAN GAGAL   1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) pada tahun 2018 di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) pada tahun 2017 di bawah BN. 2. Jumlah pinjaman domestik dan asing oleh kerajaan PH untuk 3 bulan pertama tahun 2019 adalah RM36.4 bilion, jauh lebih tinggi berbanding zaman BN untuk tempoh sama (2017: RM12.9 bilion, 2016: RM11.1 bilion). 3. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan PH hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab. 4. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. 5. Nilai Ringgit merosot...

Kerjasama Dalam Politik dan Perang -Isham Jalil

Image
KERJASAMA DALAM POLITIK DAN PERANG Dalam perang atau pilihanraya, kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja, asalkan orang yang ingin bekerjasama dengan kita itu tidak bekerjasama dengan musuh atau lawan kita. Pihak yang ingin bekerjasama itu perlu buat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan kita atau mahu bekerjasama dengan lawan kita, ia tidak boleh bekerjasama dengan kedua-duanya. Sebab jika ia mahu bekerjasama dengan kita namun pada masa yang sama ia juga mahu bekerjasama dengan musuh atau lawan kita, apa jaminan yang kita dapat yang ia akan membantu kita dan bukan musuh kita di medan-medan pertempuran di mana kita bertempur dengan musuh kita? Apa akan jadi jika kita beri laluan kepadanya di beberapa medan pertempuran tetapi ia bantu musuh kita di medan pertempuran yang lain untuk mengalahkan kita? Dalam sesuatu kerjasama, faktor kepercayaan itu adalah teramat penting; adalah sukar untuk sesiapa mempercayai sesuatu pihak yang bekerjasama dengan musuh atau lawannya, dan tiada...

Saya tak pernah didakwa, dihukum kerana mencuri – Najib

Image
  SAYA tak pernah didakwa atau dijatuhkan hukum mencuri atau merompak, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap satu lakaran kartun dimuat naik di Facebook dengan kapsyen: “Berani tak imam, mufti, menteri agama mahupun penunggang agama mandi jenazah untuk Najib kerana curi duit negara RM42 juta?”. Mengulas mengenainya, Najib berkata beliau dihukum atas dakwaan salah guna kuasa sebab terlibat dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC pada tahun 2011. Jelasnya, bukan beliau yang mengesyorkan ataupun mengemukan kertas Kabinet tersebut. “Namun bulan lalu, satu dokumen 14 halaman disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri Kabinet yang mengesyor dan mengusulkan kertas Kabinet tersebut telah menerima RM85 juta dari Jho Low pada 2019 untuk disimpan dalam akaun proksi di Singapura. “Bagaimanapun hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ia membabitkan saksi pendakwaan...

Pembangkang hanya tahu perbodohkan rakyat, kata Najib

Image
 Gambar-gambar simple macam ini yang PH guna untuk perbodohkan Raykat. Satu perbandingan yang kurang bijak. Gambar sebelah kiri adalah Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) sepanjang 3.8km dengan kos pembinaan sebanyak RM378.2 juta yang baru dibuka minggu lepas selepas pembinaan 7 tahun - iaitu lambat 5 tahun. "Mei 2014: New toll-free paired road to be built between Air Itam and Bukit Jambul" https://www.thestar.com.my/News/Community/2014/05/05/Easing-traffic-snarls/ Pembinaan jalan ini juga telah mengorbankan 9 nyawa. "Nine workers were killed and four others injured in the landslide at the project site of the Bukit Kukus paired road on Oct 19, 2018." https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/14/bukit-kukus-landslide-mbpp-acknowledges-responsibility-entrusted-third/ Erti kata lain ialah selepas 14 tahun mentadbir, kerajaan DAP cuma berjaya membina satu jalan dengan panjangnya 3.8km sahaja. Lain-lain projek yang diumum kerajaan DAP Pulau Pinang sepe...

Jasa Najib Razak buat rakyat semasa menjadi PM6.

Image
 JASA DAN PENGORBANAN BOSSKU NAJIB RAZAK PADA RAKYAT SEMASA MENJADI PM6.. KEKAL DI HATI RAKYAT SEHINGGA HARI INI....KERANA MEMBANTU RAKYAT DI FITNAH DENGAN TERUK OLEH SESETENGAH ORANG YANG TAKUT DENGAN KEPIMPINAN BELIAU. Cuba bayangkan berapa banyak jasa akan berlaku sekiranya PM Najib menjadi perdana menteri selama 22 tahun .. :) Berikut adalah senarai 183 jasa PM Najib #FASA_1 1. Menara TRX - Bakal dibuka Bulan Jun ini 2. Bandar Malaysia - On the way, bakal siap 2025. 3. 1 Malaysia - Dah mula sejak 2010 sehingga sekarang. 4. ECRL - On the way, bakal siap 2025. 5. KVDT - On the way, bakal siap 2019. 6. HSR - On the way, bakal siap 2026. 7. Pocket Park - Di KL dah mula banyak & on the way. 8. Menara PNB 118 - On the way, bakal siap 2024. 9. TBS - Siap dan beroperasi sejak 2013. 10. KTM Skypark - Hujung atau pertengahan tahun ini siap dan beroperasi. 11. Keretapi Sabah - On the way bakal siap tahun 2019. 12. Pan Borneo highway - Fasa 1 hampir siap dan bakal dibuka tahun ini. 13....

ZAHID BIDAS TOMMY THOMAS

Image
Bekas Peguam Negara semasa era pentadbiran kerajaan PH, Tan Sri Tommy Thomas dilaporkan enggan memberi kerjasama kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan kerajaan baru. Pasukan petugas khas bagi menyiasat pendedahan yang dibuat sama ada secara tidak sengaja atau secara sengaja dalam buku nya "My Story: Justice in the Wilderness". Pendedahan yang menimbulkan persoalan kemungkinan berlaku campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan semasa negara di bawah pentadbiran kerajaan 22 bulan.  Antara alasan Tommy Thomas enggan beri kerjasama kerana jawatan Peguam Negara di bawah Perlembagaan dan pasukan petugas itu boleh menjejaskan kebebasan Pejabat Peguam Negara. Beliau turut memberi alasan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya diberi kuasa mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan. Sebenarnya tiada siapa mahu mempertikaikan atau mempersoalkan tentang jawatan Peguam Negara di ba...

PENDAKWAAN DOUBLE SIDED TAPE

Image
PENDAKWAAN DOUBLE SIDED TAPE Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin  Semakin lucu dan celaru kerajaan bayangan Perikatan Nasional 2.0 yang diketuai oleh Ismail Sabri pada ketika ini Terbaru isu berkenaan Azam Baki yang telah membuat pengakuan bahawa akaun trading miliknya telah diuruskan oleh adik beliau sendiri. Hanya bersandarkan kepada alasan sebegini, maka pihak Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah membuat keputusan sangat berpuas hati dan tidak mengambil apa-apa tindakkan selanjutnya meskipun ramai tahu bahawa semua pegawai awam mesti isytiharkan harta milik mereka termasuk juga pemilikan saham dalam mana mana syarikat.  Manakala seorang pegawai hanya boleh membeli saham dengan tidak boleh melebihi nilai 5% daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa yang mana lebih rendah dalam tiap-tiap satu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.  Namun apabila isu panas berkenaan Azam Baki ini diputuskan, kita merasa seolah-olah sedikit pelik dan termanggu sek...

PERIKATAN NASIONAL HANYA UNTUK KEKALKAN MUHYIDDIN DAN SELAMATKAN AZMIN Oleh: Isham Jalil

Image
  PERIKATAN NASIONAL HANYA UNTUK KEKALKAN MUHYIDDIN DAN SELAMATKAN AZMIN Oleh: Isham Jalil Semalam seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM mengatakan bahawa dalam kerjasama politik perlu ada kejujuran dan keikhlasan dan bukannya retorik. Secara sedar atau tidak, tentunya dia tujukan kenyataan ini kepada partinya sendiri (PPBM) yang kebanyakan daripada pemimpin dan ahli-ahli Parlimennya adalah pelompat parti dan pengkhianat yang jelas dan terang-terangan tidak jujur dan tidak ikhlas dalam kerjasama atau perjuangan. Dan ramai daripada mereka (PPBM) yang telah melompat parti dan mengkhianati mandat rakyat sebanyak dua kali sebelum ini: pertama kali ialah apabila mereka melompat keluar daripada BN, dan kali kedua apabila melompat keluar dari PH dan menjatuhkan kerajaan mereka sendiri. Tiada siapa yang akan percaya kepada orang yang telah mengkhianat sebanyak dua kali. Dan mereka yang mengkhianat ini juga yang dulu telah menang kerana menipu manifesto pilihanraya yang sehingga kini tidak dit...

JIKA ANWAR IKHLAS INGIN BEKERJASAMA DENGAN UMNO-ISHAM JALIL

Image
JIKA ANWAR IKHLAS INGIN BEKERJASAMA DENGAN UMNO Saya telah dimaklumkan bahawa Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar berkenaan kerjasama PKR dengan UMNO pada petang ini. Pada hemat saya, kita terbuka untuk pertimbang kerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka ikhlas dan jujur dalam kerjasama tersebut. Dan ianya juga bergantung kepada penerimaan akar umbi UMNO dan pucuk pimpinan parti. Saya tidak rasa akar umbi UMNO akan terima kerjasama ini jika tujuan Anwar semata-mata kerana dia ingin jadi Perdana Menteri. Jika ini tujuannya, maka ia samalah niatnya seperti Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin dahulu, iaitu untuk gunakan UMNO untuk mencapai cita-cita mereka untuk jadi Perdana Menteri. Dan seperti biasa, apabila habis madu, sepah akan dibuang. Kita tidak boleh lagi terima kerjasama "scheme of things". UMNO tidak boleh dipergunakan sebegini rupa. Oleh itu, jika Anwar ikhlas untuk bekerjasama dengan UMNO, maka dia perlu terima hakikat bahawa dia tidak bole...

TAWARAN TIMBALAN PERDANA MENTERI -ISHAM JALIL

Image
  Saya mendengar ura-ura bahawa Tan Sri Muhyiddin akan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO. Ini untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang amat goyah sekarang umpama telur di hujung tanduk. Muhyiddin sedang terdesak, dia akan buat apa sahaja sekarang. Namun tawarannya ini sudah terlambat dan tidak berguna lagi. Buat apa terima jawatan TPM untuk dua tiga bulan waima setahun di mana tidak banyak perubahan yang boleh dibuat hanya untuk menyelamatkan Muhyiddin dan PPBM yang sedang tenggelam dan hampir karam. Malah untuk satu jawatan ini yang hanya untuk jangkamasa yang pendek, PPBM pastinya menuntut untuk UMNO mengorbankan banyak perkara yang tidak menguntungkan kita dalam jangkamasa sederhana, panjang atau selama-lamanya. Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin UMNO begitu naive dan mentah untuk galak dan teruja dengan tawaran terdesak dan terlambat Muhyiddin dan PPBM ini. Dan sebelum ini juga saya telah kata, jika UMNO terima jawatan TPM ini, ia besar...

AYAH SAYA, NAJIB RAZAK vs KERAJAAN -NOORYANA NAJIB

Image
  AYAH SAYA, NAJIB RAZAK vs KERAJAAN 13 Feb 2021. Saya tidak boleh lupa hari-hari yang berlalu selepas 9 Mei 2018, hari BN kalah pilihanraya umum ke-14. Pada pagi keesokan harinya, ayah saya membaca surat khabar seperti biasa namun tajuk-tajuk utama muka depan akhbar-akhbar yang satu ketika dahulu mempromosikan visi beliau untuk negara tiba-tiba mengecam dan menghukum beliau sebagai seorang penjenayah walaupun siasatan masih belum bermula. Beberapa hari selepas itu, beberapa orang dari pihak berkuasa kerajaan telah datang mengetuk pintu rumah kami. Orang-orang ini adalah dari pihak berkuasa yang dahulunya bertanggungjawab ke atas keselamatan ayah saya namun kini mereka telah diarah untuk menyelongkar rumah kami, menyiasat dan menahan beliau. Setiap hari beliau dikacau walaupun pada bulan Ramadan. Apabila beliau keluar dari rumah untuk ke solat Terawikh, ramai anggota pihak berkuasa kerajaan dan orang-orang dengan kamera memerhati beliau dan mengerumuni kenderaan beliau seolah-olah ...

HALATUJU UMNO DAN BARISAN NASIONAL- ISHAM JALIL

Image
  Semalam dalam satu wawancara terbuka, Annuar Musa berkata dia tidak yakin UMNO boleh menang pilihanraya jika UMNO tidak bekerjasama dengan PPBM. Annuar berkata, "Sebelum hendak berkhayal, hendak ada calon Perdana Menteri, kena tanya dulu parti (UMNO) boleh menang ke tidak." Dan dia berkata lagi, "Tapi saya kena tanya pilihan raya sudah dekat ini kalau tak bersama PN hendak bersama siapa?" (Rujuk wawancara penuh di FB Sinar Harian) Saya tidak setuju dengan pemikiran sebegini. Pemikiran sebegini adalah pemikiran yang lemah, kurang keyakinan dan 'defeatist'. Sebagai seorang pemimpin, kita tidak boleh menjadi belum apa-apa sudah hilang semangat dan menyerah kalah. Isyarat dan pemikiran lemah semangat sebegini bukanlah contoh teladan yang baik kepada pengikut-pengikut kita terutama di kala masa getir. Sebaliknya kita perlu kuatkan semangat dan jatidiri, dan kita perlu pulihkan kepercayaan dan keyakinan. Pada hemat saya, Barisan Nasional baru kalah sekali dalam ...