Posts

RAMESH YAKIN BARISAN NASIONAL AKAN RAMPAS KEMBALI DUN HUTAN MELINTANG PADA PRU 14.

Image
Kubu Kuat PKR Digempur Tiga kawasan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang yang dikatakan kubu kuat PKR di kawasan itu sudah digempur dan ia jelas membuatkan kekuatan parti pembangkang di kawasan DUN berkenaan semakin goyah. Kubu kuat berkenaan ialah di kawasan ladang estet di kawasan Jendarata 1, 2 dan 3. Kubu kuat itu digempur oleh Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dengan melalui Presidennya, Ramesh Rao selepas pihak pengurusan kuil keagamaan Hindu di kawasan berkenaan sendiri menjemput beliau. Kawasan berkenaan sudah terbiar tanpa perhatian oleh Ahli DUN (ADUN) PKR, yang mewakili mereka, S Kesavan biarpun sudah dua penggal mewakili penduduk di sana. "Kubu kuat PKR selama 10 tahun hari ini terkulai kerana tiada perhatian diberikan dan kebajikan penduduk di sini antaranya bagi yang berbangsa India terabai. "Rata-rata kaum India meluahkan rasa kecewa dengan janji-janji palsu serta harapan kosong oleh PKR," kata Ramesh. Beliau mengh...

Jamal Anggap Mereka "Bersih" Yang Turun Demo Tidak Ubah Seperti Orang Yang Bodoh, Sampah Masyarakat.

Image
Ketua Baju Merah, Dato Sri Jamal Md. Yunos berkata, Gerakan Merah membuat keputusan membatalkan berhimpun di luar bangunan Parlimen untuk mengelak kejadian tidak diingini dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Beliau berkata keputusan yang dibincangkan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dicapai bersama malam tadi. “Saya nak ucapkan tahniah kepada kumpulan Bersih berjaya adakan perhimpunan. “Saya anggap mereka "Bersih" yang turun pagi tadi tidak ubah seperti orang yang bodoh, sampah masyarakat,” katanya. “Sebahagian besar yang berucap daripada pemimpin pakatan pembangkang yang terdiri dikalangan ahli parlimen pakatan pembangkang. “Walaupun saya dikecam oleh rakan-rakan NGO lain (tidak hadir), keputusan ini dibuat bagi menghormati undang-undang negara,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Gerakan Merah di Ampang. Jamal dalam satu sidang media dua hari lalu dilaporkan akan menghimpunkan 10,000 ahlinya untuk menghalang himpunan Bersih....

GENAP 100 HARI RESTORAN MAKAN PERCUMA TENGAHARI BEROPERASI DI JALAN PAHANG KUALA LUMPUR.

Image
Diberi nama Restoran Gabungan NGO 1Malaysia, Dato Sri Jamal Md Yunos bersama beberapa ahli korporat memperuntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma selama 3 tahun. Hari ini 22 Mac 2018, Genap hari ke 100 restoran ini beroperasi. Restoran ini di buka pada 16 Okt 2017. 16 Oktober 2017 Restoran ini dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 12.30 Tengahari  hingga 3.00 petang. Pada permulaan pembukaan, 1,000 orang pertama akan menikmati makanan dan minuman percuma di restoran tersebut. Restoran menyediakan 7 menu yang bertukar-tukar dan ini adalah konsep mengalu-alukan semua lapisan masyarakat asalkan rakyat Malaysia. Inilah konsep muhibah. Rakyat Malaysia boleh makan apa sahaja yang mereka mahu di situ, selagi mereka tidak membazir makanan. Para pelanggan juga dikehendaki membasuh pinggan mereka sendiri setelah selesai makan. Jamal mempunyai 15 pekerja sukarela di restoran yang terletak di sebelah McDonald's Jalan Pahang Mereka mula ...

SABAH DIPERUNTUKAN RM70 JUTA UNTUK BIAYAI PENGANGKUTAN BARANGAN KE PENDALAMAN-NAJIB

Image
Kerajaan pusat memperuntukkan RM70 juta untuk membiayai kos pengangkutan barangan ke kawasan pedalaman di seluruh Sabah tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata peruntukan itu bagi memastikan harga barangan di pedalaman Sabah berada pada kadar rendah agar mampu dimiliki rakyat di kawasan berkenaan. "Sebenarnya, harga barangan bukannya tinggi sangat, tetapi orang tengah yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. "Lazimnya, mereka (orang tengah) akan menaikkan harga barangan dan salahkan kerajaan kononnya harga naik disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). "Ini tak benar kerana GST telah kita laksanakan sejak dua tahun lalu, sepatutnya tidak ada kesan sama sekali (pada harga barangan)," katanya ketika melancarkan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Far Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini, hari ini. Najib turut menjelaskan kadar GST negara sebanyak 6 peratus merupakan kadar paling rendah berban...

"WIRA PENYELAMAT" ALLAHYARHAM ABU ZARIN HUSSIN DI NAIKAN PANGKAT- ALFATIHAH

Image
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menaikkan pangkat bekas anggotanya, arwah Abu Zarin Hussin, 33, yang maut akibat dipatuk ular tedung, baru-baru ini. Majlis Penyampaian Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Negeri Sarawak hari ini. Ketua Pengarah JBPM Malaysia, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, arwah dinaikkan pangkat dari gred KB19 ke KB22. "Kenaikan pangkat itu bagi menghargai sumbangan dan jasa arwah sepanjang perkhidmatannya bersama JPBM. "Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada JBPM," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Negeri Sarawak hari ini. Abu Zarin, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di Bukit Angin disahkan meninggal dunia pada pukul 12.54 tengah malam,15 Mac lalu.  #youtube link https://youtu.be/c2lF6qVK6qk

GAUM LAPOR POLIS-DAKWAAN CAMPURTANGAN ASING BERTUJUAN MENJATUHKAN KERAJAAN SEDIA ADA.

Image
Pengerusi GAUM, Datuk Zulkarnain Mahdar membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling dekat sini bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang. Katanya, laporan polis itu dibuat bukan sahaja setelah pihaknya memperoleh maklumat mengenai campur tangan asing malah modus operandi yang menggunakan media asing untuk mengeluarkan berita fitnah terhadap kerajaan. "Pada 11 Mac lepas, GAUM telah menghantar surat kepada sebuah majalah di United Kingdom yang menyiarkan artikel berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan bagi mengemukakan bukti dakwaan laporan itu. "Laporan itu hanya melaporkan fitnah tanpa bukti jadi kita mahu siasatan dijalankan untuk mengetahui siapa dalang di sebalik campur tangan pihak asing ini," katanya kepada pemberita bersama 15 ahli GAUM selepas membuat laporan polis itu. Zulkarnain mendakwa kenyataan itu disiarkan oleh editor majalah The Economist yang ...

JELAJAH SUNGAI BESAR -JUALAN IKAN MURAH DAN BURGER PERCUMA DI SEKINCHAN 23 MAC 2018

Image
#SHARE JELAJAH IKAN MURAH DAN BURGER PERCUMA DATO SRI JAMAL YUNOS DI SUNGAI BESAR. JUALAN IKAN MURAH RM5 SEKILO DAN BURGER PERCUMA PADA 23 MAC 2018 DI KAMPUNG PENERANGAN, SEKINCHAN. JEMPUT SEMUA WARGA SEKINCHAN DAN SEKITARNYA. Penjualan Ikan Dengan Harga Patut Berbeza Dengan Harga Pasaran. Tarikh    : 23 Mac 2018 (Jumaat) Masa      : 4.00 Petang Hingga Selesai. Tempat :  Perkarangan Dewan Kampung Penerangan, Sekinchan, Selangor Senarai Harga Ikan Yang Dijual : Ikan Kembung - RM5 Sekilo Ikan Cencaru   - RM5 Sekilo Ikan Selayang (Sardin) - RM5 Sekilo Ayam Biasa -RM10 seekor Ayam Pencen -RM6 seekor Gas Isian Semula - RM20 (bagi 14Kg Sahaja) Telor Gred AA Petai / Jagung / Keropok Leko DLL Ikhlas dari Dato Sri Jamal Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Semua Di Jemput Hadir.  #JelajahSelangor #IkanMurah #BurgerPercuma #DSJY #JamalYunos #BantuRakyat #SungaiBesar Follow #MediaAzleeKlang Blog http://media-azleeklang.bl...