Posts

Showing posts from May, 2018

SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN UMNO 2018 -2023

Image
SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN UMNO 2018 -2023    

HSR : KERAJAAN DI GESA BERSIKAP TELUS DALAM KEPUTUSAN UNTUK MEMBATALKAN PROJEK TERSEBUT- NAJIB RAZAK

Image
NAJIB RAZAK 1. Projek keretapi laju HSR Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja. Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara. 2. Projek ini mempunyai potensi untuk membentuk masa depan dan bagaimana kita dapat bekerjasama bagi faedah bersama. Kajian turut menunjukkan Malaysia adalah penerima manfaat utama bagi projek ini memandangkan majoriti landasan adalah di negara ini. Menggabungkan secara integrasi dua bandar utama dan ekonomi di Asia Tenggara akan menghasilkan manfaat yang besar yang melangkaui jualan tiket dan kos bagi infrastruktur itu. 3. Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi dan visi kita untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatk...

UNTUK LEBIH TULUS KERAJAAN HARUS DEDAHKAN KEPADA UMUM LAPORAN HSR -NAJIB RAZAK

Image
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membidas kerajaan sebagai tidak telus berhubung pembatalan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan menggesa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kajian berkaitan. Beliau mengingatkan perdana menteri bahawa projek itu diilhamkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura dan dibuat berdasarkan kajian terperinci oleh kedua-dua negara yang membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi. “Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan menteri pengangkutan membuat kenyataan projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet manakala menteri kewangan enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini,” katanya Catatan Najib ini, yang dilarang keluar negara ekoran siasatan pihak berkuasa, merujuk laporan memetik Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang berkata jemaah menteri belum membincangkan secara rasmi hala tuju projek HSR, bernilai lebih RM100 bilion. Anthony ber...

AHLI UMNO PERLU MUAFAKAT DAN TERUS BANGKIT MEMPERKUATKAN PARTI .

Image
AHLI UMNO perlu menjadikan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian sebagai usaha untuk mengukuhkan muafakat dalam parti bukan lagi dengan medan untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti atau berebut jawatan. Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang juga Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, dalam fasa ahli masih terkejut dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, tidak sepatutnya pemilihan UMNO itu dijadikan ruang untuk menjarakkan lagi jurang antara ahli parti. Katanya, pemilihan parti sepatutnya dijadikan medan mengukuhkan lagi parti untuk terus bangkit selepas ‘terkejut’ dengan kekalahan dalam medan ‘perang’ yang lalu. “Saya lihat sikap sebilangan pemimpin di peringkat bahagian masih tidak berubah mereka masih terbuai dengan zaman lalu UMNO. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemilihan parti selepas pacsa PRU-14 perlu dijadikan tempat membina semangat dan muafakat parti,” katanya Semalam, Naib Presiden UMNO yang menjalankan...

RESTORAN PENGOTOR

Image
Sebuah video melibatkan beberapa pekerja sebuah restoran daun pisang di Bangsar membasuh pinggan mangkuk menggunakan air kotor di lorong belakang kedai kini tular di laman sosial. Berikutan itu, pihak Pengurusan Raj's Banana Leaf menerusi laman Facebooknya memohon maaf secara terbuka kepada para pelanggannya atas kejadian itu. Jelasnya, kejadiaan yang tidak diingini itu berlaku disebabkan oleh pekerja baru di cawangan yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Pihaknya berkata, restoran makanan tersebut mempunyai sijil kesihatan yang sah dan melepasi syarat yang dikehendaki. Restoran itu turut memberi jaminan akan terus memerhatikan pekerjanya terutama di kawasan dapur agar isu kebersihan diberikan perhatian. Raj's Banana Leaf turut mengambil tindakan tegas kepada pekerja terbabit dan akan memastikan perkara tersebut tidak berulang. Premis Raj's Banana Leaf akan ditutup mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak - DBKL ...

NAJIB UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA KUMPULAN PENGAWAL PENGIRING BELIAU

Image
Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana. Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan bahar u kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp). Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan. Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri. Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaa...

ALUMNI UiTM MEMBANTAH TUNTUTAN HINDRAF YANG MENDESAK KEMASUKAN UiTM DI BUKA KEPADA SEMUA KAUM.

Image
Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) yang mewakili 700,000 alumni universiti berkenaan membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mendesak kemasukan UiTM dibuka kepada semua kaum. Presidennya, Datuk Mohd. Zaini Hassan berkata, PAUiTM berdiri teguh dan secara sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke UiTM kepada kaum-kaum lain. Katanya, ini berdasarkan premis bahawa kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. "Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan. "Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkena...

KENYATAAN PALSU YANG TERSEBAR BUKAN DARI DATO SRI JAMAL YUNOS.

Image
Kenyataan yang tular dan viral di media sosial seperti di atas bukan kenyataan dari Dato Sri Jamal Md Yunos. Dato Sri Jamal Yunos tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut di media. Kenyataan ini adalah provokasi oleh pihak tertentu berniat jahat untuk mengaibkan nama beliau. Netizen perlu barhati-hati untuk berkongsi atau menyebarkannya. Sekian...Terima Kasih Saya terbaca satu artikal yang tersebar di laman media sosial seperti berikut:- Cnew@nstp.com.my Kisah sedih Jamal Yunos. Ikuti kisah sedih Jamal Yunos setelah BN Kalah Jamal tegaskan beliau tidak lari sedia ke mahkamah. " saya terpaksa pergi ke tabung haji keluarkan duit untuk bayaran ikat jamin dan bill hospital. Sebelum itu sy ada hubungi Noh Omar minta bantuan tapi Noh bagi amaran jangan jumpa dia lagi, noh tutup telefon bimbit sedangkan noh saudara yg rapat dlm keluarga kami. Saya sudah hilang punca pendapatan selama ini dialah yg bagi duit untuk saya jalankan kerja2 kotor umno burukan azmin ali dan pk...

NETIZEN JANGAN TERPEDAYA DENGAN AKAUN PALSU MENGUNAKAN NAMA JAMAL YUNOS

Image
                                                   # MohonShare  AKAUN DAN STATEMENT PALSU DARI ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB BERNIAT JAHAT UNTUK MENGAIBKAN DATO SRI JAMAL YUNOS. DI HARAP PIHAK  # PDRM   # SKMM  MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. AKAUN INI PERNAH DI LAPORKAN KE SKMM TETAPI HARI INI MASIH BEROPERASI. HARAP SAHABAT-SAHABAT DAPAT BANTU REPORT FB INI. JASA ANDA AMATLAH DI HARGAI. Link Fb Palsu https://www.facebook.com/DatokJamalYunos/ AKAUN SEBENAR https://www.facebook.com/DatoJamalMdYunos/ Posting-posting yang di muat naik di laman Akaun Facebook page https://www.facebook.com/DatokJamalYunos/ yang saya telah sahkan bahawa akaun  PALSU dan bukan milik Dato Sri Jamal Yunos. Saya juga terbaca posting- posting dari akaun ini yang di muatnaik adalah pals...

PAS, UMNO BOLEH BERSATU DI PARLIMEN -NAIB PRESIDEN PAS

Image
KOTA BHARU - Pas dan Umno mampu menjadi satu suara yang vokal di Parlimen dalam memperjuangkan kepentingan Islam di negara ini. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak mustahil untuk kedua-dua pihak bersatu hati di dalam isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu. Menurutnya, jika digabungkan 57 kerusi dikuasai Umno dan 18 dimiliki Pas ia mampu diterjemahkan menjadi kuasa kuat demi masyarakat Islam di Malaysia yang tidak mudah dipertikaikan pihak lain. “Dalam isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu tidak menjadi masalah untuk Pas dan Umno menjadi satu suara di Parlimen. Bukan bermakna kita bergabung. “Politik itu cerita lain, jangan salah faham. Kita harap Umno menilai kedudukan mereka sekarang ini dan betulkan semula. Kalau boleh betulkan balik kita pun suka,” katanya kepada Sinar Harian. Mohd Amar melihat biarpun parti itu mengalami kekalahan teruk pada PRU14 akibat tsunami rakyat dengan hilangnya kerajaan, namun Umno masi...

ALHAMDULILLAH...180 SUMBANGAN DAN JASA NAJIB RAZAK SELAMA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Image
Datuk Seri Najib Razak baru sahaja menjadi Perdana Menteri selama 2 penggal, namun telah banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada rakyat Malaysia, mengatasi 8 atau 9 tahun pemerintahan Madey dahulu. Bayangkan jika DS Najib memegang Malaysia selama 22 tahun seperti Madey. Pastinya lebih banyak jasa DS Najib yang boleh disumbangkan untuk kita semua. Berikut adalah 180 sumbangan dan jasa-jasa DS Najib yang sempat disenaraikan kali ini: ❤ Fasa 1:Fasa Direct (37 bab) 1. Menara TRX – Bakal dibuka Bulan Jun ini. 2. Bandar Malaysia – dalam pembinaan, bakal siap 2025. 3. 1 Malaysia – dah on semenjak 2010 sehingga sekarang. 4. ECRL – dalam pembinaan, bakal siap 2025. 5. KVDT – dalam pembinaan, bakal siap 2019. 6. HSR – dalam pembinaan, bakal siap 2026. 7. Pocket park – di KL dah mula banyak & dalam pembinaan. 8. Menara PNB 118 – dalam pembinaan, bakal siap 2024. 9. TBS – siap dan beroperasi semenjak 2013. 10.KTM Skypark – hujung or pertengahan tahun ini s...

JAMAL HUBUNGI PEGUAM MEMAKLUMKAN BELIAU SEDIA BERIKAN KERJASAMA KEPADA POLIS.

Image
KENYATAAN MEDIA Dato' Mohd Imran B. Tamrin Peguam 27 Mei 2018 | 4.00 am Untuk makluman semua, DS Jamal telah menghubungi kami kumpulan peguam dan memaklumkan bahawa beliau sedia memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pihak Polis untuk menyempurnakan proses ikat jamin tempoh hari. Beliau telah menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses "discharge" untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain. Pada ketika itu beliau percaya dan beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau masih belum sihat sepenuhnya dan dalam proses penyembuhan. Beliau akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis setelah beliau benar-benar sihat. Pihak peguam percaya telah berlaku sedikit salah faham, sehingga perkara dan situasi beliau tersebut telah dieksploitasi dengan tanggapan negatif. Beliau tidak melar...

SAYA TIDAK MELARIKAN DIRI -JAMAL YUNOS

Image
Semoga Allah Swt permudahkan segala urusan. Dakwaan beberapa pihak tidak bertangungjawab yang menuduh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos melarikan diri dari Hospital Ampang Puteri dan dalam tahanan reman adalah tidak berasas sama sekali. Menurut Jamal, beliau beranggapan tahanan reman telah berakhir pada Jumaat kira-kira jam dua petang setelah dijamin oleh pihak penjamin dan bergegas keluar dari hospital mengejar masa ke Tabung Haji untuk membayar segala kos jaminan. “Saya mendapati reman saya telah habis, jaminan saya di atas tuduhan tersebut telah dijamin oleh penjamin saya. “Saya keluar dari hospital dan pergi ke Tabung Haji untuk mengeluarkan duit bagi membiayai kos-kos reman dan sebagainya,”katanya dalam satu rakaman suara yang dihantar ke kumpulan whatsapp media pada Ahad pagi. Jamal terkejut apabila mendapati tuduhan yang mendakwa beliau melarikan diri dari hospital dan bertindak untuk berehat memandangkan keadaannya yang masih belum stabil. ...

KENYATAAN MEDIA ZAHID HAMIDI BERKAITAN ISU PEGAWAI DAN STAF KERAJAAN "LANTIKAN POLITIK".

Image
Kenyataan Media Naib Presiden UMNO Berkaitan Isu Pegawai Dan Staf Kerajaan 'Lantikan Politik'. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik' seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni kepada Menteri dan ketua jabatan tertentu. Perlu dijelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17. Dakwaan bahawa mereka menjadi kroni Menteri juga adalah tidak benar kerana mereka hanya dilantik dengan persetujuan dan rujukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang menentukan tangga gaji yang sesuai dengan jawatan dan kelayakan yang disandang. Kebanyakan mereka ini adalah pemudahcara Kementerian dan jabatan tertentu serta...

NAJIB UCAP TERIMA KASIH KEPADA GUAN ENG

Image
KUALA LUMPUR: Kadar rasmi hutang Kerajaan Persekutuan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti diumumkan Kementerian Kewangan semalam disifatkan bertepatan perangkaan sebelum ini. Hutang negara berkadar 50.8 peratus berbanding KDNK atau RM686.8 bilion itu sekali gus menolak dakwaan bahawa paras berkenaan mencapai 65 peratus atau RM1 trilion. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kadar semasa hutang negara jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan awal Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu 103.4 peratus.  "Kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) mematuhi garis panduan laporan antarabangsa mengenai hutang awam seperti digariskan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Justeru, perangkaan 50.8 peratus itu ialah pengukuran yang diterima secara universal. "Oleh itu, saya gembira dengan tindakan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) yang akhirnya berterus terang mengenai hutang rasmi Kerajaan Persekutuan berkadar ...

NGO GESA SPRM BUKA SEMUA 13 KES DAKWAAN RASUAH TUN MAHATHIR.

Image
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula 13 kes laporan rasuah yang dibuat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.                          Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, antara laporan kes tersebut pernah dibuat oleh Datuk Seri  Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kini Timbalan Perdana Menteri, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, SPRM di bawah ketua pengarah baharu perlu melakukan siasatan secara telus tanpa mengira apa sahaja jawatan dan pangkat. “Jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat, SPRM perlu melakukan tindakan yang sama ke atas Mahathir kerana laporan pernah dibuat sebelum ini. “Jadi JMM mahukan SPRM lebih bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya selepas selesai menyerahka...

ZAHID HAMIDI MENAFIKAN KENYATAAN PALSU YANG DI SEBARKAN PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.

Image
Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman twitter beliau Menafikan sekeras-kerasnya Kenyataan yang di keluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu adalah PALSU. UMNO dan Barisan Nasional menghormati Intitusi Di Raja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. " Ini kerja mereka yang mahu melaga-laga kami. Rapatkan saf dan terus komited dalam perjuangan walau apa pun dugaan mendatang."  #UMNO72 Sumber : https://t.co/8Y5CQE4q9J

ISU 1MDB : PENYIASAT HARUS SIASAT PENGURUSAN BUKAN NAJIB -BEKAS AHLI PARLIMEN KEPONG

Image
MALAYSIA TODAY (Translated by: Ariff Ahmad) Bekas Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, yang sebelum pilihan raya umum telah mempertahankan Najib Razak diatas isu 1MDB hari ini sekali lagi mengekalkan pendiriannya bahawa penyiasat harus siasat pihak pengurusan Dana Negara (1MDB) atas dakwaan salah urus. "Itu pendirian saya, dan ia akan selamanya menjadi pendirian saya," katanya, sambil menambah bahawa berdasarkan laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Akaun Awam (PAC), maka beliau tidak dapat mengatakan Najib bersalah, . "Dalam PAC, kami mendapati bahawa pihak pengurusan yang tidak telus dan perlu disiasat lagi," katanya ketika ditanya mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat salah laku di 1MDB. Beliau berkata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sentiasa berkata akan tegakkan kedaulatan undang-undang. "Ikut proses undang-undang dan dakwa pihak pengurusan jika terdapat bukti yang cukup,...

MALAYSIA NAIK DUA ANAK TANGGA KE RANKING 22 SENARAI DAYA SAING DUNIA.

Image
KUALA LUMPUR, 24 Mei : Malaysia naik dua anak tangga kepada kedudukan 22 dalam​​​​​​​ Ranking Daya Saing Dunia IMD yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) Pusat​​​​​​​ Daya​​​​​​​ Saing Dunia. “Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi (di Asia Tenggara) yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa,” menurut​​​​​​​ kumpulan penyelidikan yang berpangkalan di Switzerland itu dalam kenyataan hari ini. Lima negara teratas yang paling berdaya saing di dunia kekal seperti pada 2017, namun​​​​​​​ kedudukan itu berubah. Amerika Syarikat kembali ke tangga pertama dari kedudukan keempat tahun lepas, didorong​​​​​​​ terutamanya​​​​​​​ oleh prestasi ekonomi dan infrastruktur yang kukuh. Kedudukan itu diikuti Hong Kong, Singapura, Netherlands dan Switzerland. Singapura – yang tidak berubah di kedudukan ketiga, secara global, mengekalkan rankingnya dalam​​​​​​​ kalangan ekonomi di Asia Te...